Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

 

6 Mac 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak telah dengan jayanya menganjurkan Seminar Pengurusan dan Siasatan Aduan Secara Efektif. Seminar yang julung  kalinya berlangsung ini telah diadakan di Hotel Tower Regency, Ipoh dan telah  menarik seramai 108 orang peserta dari jabatan dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. 

 

Seminar ini dirangka khusus  dalam memastikan tatakelola serta sistem penyampaian kerajaan  berfungsi dengan baik menerusi pengurusan aduan yang effektif. BPA Perak telah menjemput penceramah tersohor iaitu Y.Bhg Datuk Harjeet Singh, Mantan Ketua Pengarah BPA Putrajaya sebagai penceramah utama untuk berkongsi maklumat serta pengalaman beliau dalam mengurus serta menyiasat aduan-aduan.  Seminar sehari yang diadakan ini menyentuh kepada jenis-jenis aduan, kaedah menganalisa aduan,  kaedah siasatan, dan tindakan jangka pendek dan panjang yang menjurus kepada penyelesaian aduan. 

 

Penceramah juga mengambil kesempatan berkongsi pengalaman beliau dalam mengurus dan menyelesaikan aduan-aduan yang bersifat kompleks dan berprofil tinggi. Secara umumnya peserta amat berpuas hati dan memohon BPA meneruskan program seminar seperti ini di masa akan datang.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat