Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 2

 

Pada 6 Mac 2024, satu sesi libat urus bagi membincangkan kes-kes aduan tertunggak dan isu-isu berbangkit berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Imam Hanafi, Aras 5, Kementerian Pengangkutan. Sesi ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Puan Wan  Roslina dari Bahagian Korporat Dan Perancangan Strategik, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan Puan Azwin Samsuni, Ketua Unit Aduan 3 dari Biro Pengaduan Awam Putrajaya.

 

SLU ini turut dihadiri oleh pengurus aduan dari Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Pelesenan Kenderaan, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Hasil, JPJ WPKL dan Selangor. Manakala BPA Putrajaya pula disertai oleh Pn Mastura, Pn Zalinah dan En Taufiq dari Unit Aduan 3.

 

SLU telah berjaya menyelesaikan 42 kes yang mencapai tempoh siasatan 90 sehingga 142 hari, selain turut membincangkan isu-isu terkini berkaitan pengurusan aduan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat