Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 10
  • 11
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

 

29 Februari 2024  - Majlis Amanat Ketua Pengarah dan Apresiasi Tahun 2023 Biro Pengaduan Awam telah diadakan di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya pada 29 Februari. Seramai 90 warga Biro Pengaduan Awam Ibu Pejabat dan Negeri telah menghadiri Majlis Amanat tersebut pagi tadi.

Turut hadir YBhg Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah BPA, YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Pengarah - Pengarah Bahagian dan Pengarah - Pengarah Negeri. Majlis ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah BPA.

 

Dalam amanat YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah BPA, beliau menyeru kepada semua warga kerja BPA supaya mengekalkan intergriti dan komitmen pada tahap yang tertinggi serta komited dalam setiap penugasan yang dijalankan. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga BPA di atas kerjasama jitu yang diberikan selama ini dan ia perlu diteruskan pada masa akan datang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penerima APC, pemenang aktiviti Big Looser dan pemenang aktiviti sukan yang dijalankan melalui KESUMBA.

 

Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah di sampaikan oleh YBhg Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah BPA kepada penerima APC yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di BPA.

 

Majlis kali ini bukan sekadar menghimpunkan warga BPA malah diadakan Agenda Sihat Nasional: Sukan Perhimpuan Bulanan BPA yang merangkumi beberapa aktiviti kesihatan seperti fitness test, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, senamrobik dan Indoor games. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Biro Pengaduan Awam Tahun 2023 dan pemenang aktiviti sukan KESUMBA.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat