Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

 

30 November 2023 | Seramai 2 orang penyelaras dan 8 pelajar program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) Projek Penanda Arasan UKM-SPRM telah hadir ke ibu pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA), Putrajaya. Delegasi tersebut telah dipimpin oleh YBrs. Dr. Mohamad Fauzi bin Sukimi, Pensyarah Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengambil tahu tentang peranan dan fungsi BPA serta meneladani kaedah pelaksanaan pengurusan aduan awam di Malaysia oleh Biro Pengaduan Awam, selain mendapatkan maklumat bagi memenuhi projek penanda arasan program Sarjana Pengajian Rasuah UKM-SPRM. Lawatan ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar, Ketua Pengarah BPA. Taklimat diberikan oleh YBrs. Tuan Sri Ram Letchimanan, Pengarah Aduan BPA dan Encik Akmal Ariff bin Zainul Ariff, Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan (BPIP).

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat