Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 6
  • 7
  • 8



Berikut merupakan lanjutan sesi  perkongsian/taklimat mengenai BPA sekali gus Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Pejabat Daerah Kecil Oya yang berlangsung pada 12 Oktober 2023 . Para hadirin yang hadir adalah terdiri daripada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Ketua Kampung (KMKK). Sesi ini telah dipengerusi secara bersama oleh Tuan Penguasa Pejabat Daerah kecil Oya Encik Shahazizul bin Johari dan Puan Juridah binti Johari sebagai Penolong Pengarah BPA Sarawak.

Fakta menarik pada sesi kali ini adalah terdapat beberapa ahli KMKK yang hadir merupakan hadirin yang pernah terlibat dalam sesi dialog bersama pelbagai agensi/jabatan dalam Program KABB yang diadakan oleh pihak BPA Sarawak pada 30 Jun TAHUN 2012. Penghargaan telah diberikan kepada BPA Sarawak atas inisiatif berterusan dalam membantu menambahbaik pengurusan perkhidmatan dan aduan di Daerah Mukah, Oya dan Dalat terutamanya. Terdapat jua perkongsian gambar daripada program KABB sebelumnya seperti yang dikongsikan.

Sebagai timbal balas penghargaan, pihak BPA Sarawak telah dijemput untuk menyantuni menerusi lawatan ke Galeri Warisan Melanau Oya (GWMO) di mana rombongan telah diketuai oleh Temenggung Hendi Suhai sebaik selesai Program Taklimat dan KAB. Diharapkan kerjasama baik akan berterusan antara BPA dan Pejabat Daerah Kecil Oya dalam usaha untuk melancarkan dan menambahbaik perkhidmatan kerajaan di masa hadapan.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat