4 November 2022 - Mesyuarat untuk membincangkan tindakan susulan pihak agensi berkaitan aduan penyalahgunaan premis kediaman bagi tujuan komersil.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), BPA Malaysia dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan
dari BPA Putrajaya, BPA Negeri Selangor, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan
Galian Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Selangor.