Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • Kunjungan Hormat BPA Ke Atas Ketua Menteri Melaka Dan Mesyuarat Penyelarasan Semula Aplikasi Respons Rakyat 2.0

    PIC 3MELAKA, 17 Januari 2019 - Kunjungan hormat Biro Pengaduan Awam (BPA) ke atas YAB Tuan Haji Adly bin Zahari , Ketua Menteri Melaka telah diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, BPA dan disertai pegawai BPA ibu pejabat dan pegawai dari BPA Melaka/ Negeri Sembilan.

    Selesai kunjungan hormat YBhg. Datuk Harjeet Singh telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Semula Pelaksanaan dan Pelancaran Aplikasi Mobil Respons Rakyat (RR) 2.0 serta analisis aduan BPA Melaka.

    Mesyuarat Penyelarasan Semula RR 2.0 ini telah dipengerusikan oleh Datuk Hj Wahilman Bin Siwar, Ketua ICT Negeri Melaka. Hadir sama dalam mesyuarat adalah Puan Sapiah binti Haji Haron, Pengarah Korporat, Pejabat Ketua Menteri Melaka, Pengarah BPA Melaka, pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka, pegawai BPA ibu pejabat dan pegawai BPA Melaka/Negeri Sembilan.

    Lagi gambar

  • Lawatan Kerja Ke Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS), Kuala Lumpur

    KUALA LUMPUR, 22 Januari 2019 - Lawatan kerja Biro Pengaduan Awam (BPA) ke Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) bertempat di Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia, Kuala Lumpur.

    Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, BPA bersama YBhg Datuk Tengku Mohd Amin bin Tuan Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Aduan, BPA dan disertai oleh pegawai- pegawai BPA Putrajaya.

    Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Shahariah Binti Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan turut dihadiri oleh pegawai kanan (OFS).

    Lawatan Kerja Ke Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS), Kuala Lumpur

    Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang ombudsman dan berkongsi pandangan serta pengalaman mengenai kes-kes ombudsman.

    Lagi gambar

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat