PIC 3MELAKA, 17 Januari 2019 - Kunjungan hormat Biro Pengaduan Awam (BPA) ke atas YAB Tuan Haji Adly bin Zahari , Ketua Menteri Melaka telah diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, BPA dan disertai pegawai BPA ibu pejabat dan pegawai dari BPA Melaka/ Negeri Sembilan.

Selesai kunjungan hormat YBhg. Datuk Harjeet Singh telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Semula Pelaksanaan dan Pelancaran Aplikasi Mobil Respons Rakyat (RR) 2.0 serta analisis aduan BPA Melaka.

Mesyuarat Penyelarasan Semula RR 2.0 ini telah dipengerusikan oleh Datuk Hj Wahilman Bin Siwar, Ketua ICT Negeri Melaka. Hadir sama dalam mesyuarat adalah Puan Sapiah binti Haji Haron, Pengarah Korporat, Pejabat Ketua Menteri Melaka, Pengarah BPA Melaka, pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka, pegawai BPA ibu pejabat dan pegawai BPA Melaka/Negeri Sembilan.

Lagi gambar