Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 2
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

  

 

 

25 Ogos 2024 (Ahad) YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) telah merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) yang berlangsung di Kampung Pengkalan Manggis, Temerloh, Pahang.

YBhg. Datuk Seri turut menyampaikan dana bagi kerja-kerja pembaikan surau dan penyelenggaran sistem perparitan di Kampung Pengkalan Manggis itu.

 

Selain penyerahan murni itu, turut diadakan sesi menyantuni golongan rentan seramai 28 orang warga kampung yang meliputi warga emas, pesakit kronik, anak yatim serta ibu tunggal dan penyampaian sumbangan berbentuk wang tunai juga diberikan. 

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua agensi dan Ketua Kampung serta barisan Ahli Jawatankuasa di atas kerjasama dan keprihatinan dalam memastikan program tersebut berjalan lancar selaras dalam usaha meningkatkan lagi potensi dan keupayaan masyarakat kampung ke arah kemajuan dan kesejahteraan penduduk kampung khususnya. 

 

Program yang bermula seawal jam 730 pagi itu telah dihadiri oleh warga kampung, kakitangan BPA serta rakan strategik daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Temerloh, Angkatan Pertahanan Awam, RELA, PDRM, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan dan SWCorp.