Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 2
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

  

25 Ogos 2024 (Ahad) | Sempena peluncuran Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) yang berlangsung di Kampung Pengkalan Manggis, Temerloh, Biro Pengaduan Awam (BPA) telah mengadakan aktiviti sosial seperti ziarah Santuni MADANI dan gotong-royong pembersihan surau serta Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Manggis. Usai majlis perasmian, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah BPA turut menyantuni dan menziarahi penduduk kampung yang mengalami penyakit kronik dan terlantar dirumah. Kemudian, YBhg. Datuk Seri terus ke kawasan perkuburan bagi menyempurnakan upacara simbolik penanaman anak pokok buah-buahan yang disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan BPA serta JPKK Kampung Pengkalan Manggis seterusnya menyertai aktiviti gotong-royong di situ. Aktiviti gotong-royong telah disertai oleh 90 orang kakitangan BPA serta seramai 40 orang tenaga kerja daripada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) daerah Temerloh. Gotong-royong ini bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama dan komitmen dalam kalangan kakitangan BPA tetapi juga memperlihatkan peranan mereka sebagai satu pasukan yang relevan dalam menjalankan jaringan kerjasama dengan pihak penduduk kampung, PBT serta agensi.