SESI LIBAT URUS (SLU) BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) P. PINANG, KEDAH DAN PERLIS (PPKP) DENGAN PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG (PBAPP) 14 Ogos 2024 (Rabu) | Satu Sesi Libat Urus (SLU) bagi membincangkan kes-kes aduan dan isu-isu berbangkit di bawah kendalian Perbadanan Bekalan Air (BPA) Pulau Pinang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, PBA Pulau Pinang, Kawasan Perindustrian Perai IV, Pulau Pinang. SLU ini turut dihadiri dan telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelanggan PBAPP, YBrs. Dr. Mohd. Nizam Omar dan pasukan teknikal daripada PBAPP yang terdiri daripada Puan Mariam, Ketua Bahagian Operasi PBAPP dan Penolong Pengarah di Jabatan Khidmat Pelanggan iaitu Puan Aida. Manakala BPA PPKP pula diwakili oleh En. Abdul Hamid bin Haji Hassan, En. Mohd. Saiful bin Harun dan En. Muhammad Zafran bin Yusoff. Di antara perkara yang telah dibincangkan di dalam sesi perbincangan tersebut adalah berkaitan aduan yang berulang oleh pengadu tegar, aduan tertunggak dan aduan-aduan lain di bawah bidang kuasa PBA Pulau Pinang. Pihak PBA juga turut memberi penerangan berkaitan Pengurusan operasi perbekalan air untuk negeri Pulau Pinang serta langkah-langkah strategik yang telah dirancang oleh PBA bagi menangani isu gangguan bekalan air bersih yang dihadapi oleh penduduk Pulau Pinang. Pihak BPA PPKP ingin merakamkan penghargaan di atas kerjasama baik yang telah diberikan oleh pihak Pengurusan PBA Pulau Pinang bagi menjayakan sesi SLU tersebut.