Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

 

  

7-8 Ogos 2024 (Rabu - Khamis) | Biro Pengaduan Awam, Putrajaya (BPA) bersama Institut Tadbiran Awam (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Asas Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang melibatkan peserta daripada pelbagai agensi Kerajaan.

 

Kursus selama dua (2) hari itu telah dikendalikan oleh Puan Norzaitul Ikma binti Zainuddin, Ketua Unit Aduan 5 sebagai penceramah dan dibantu oleh Puan Noor Azleeza binti Mohd Noor, Puan Nor Marziani binti Ahmad serta Puan Norazizan binti Mohammad (unit ICT) selaku fasilitator.

 

Kursus ini bertujuan memberi pengenalan dan pengetahuan kepada peserta untuk mengaplikasi tatacara asas penggunaan SISPAA lebih jelas dan mudah. Sesi soal jawab antara peserta dan penceramah secara terus dalam setiap sesi telah memudahkan lagi pemahaman peserta dalam menggunakan sistem aduan itu.