7 Ogos 2024 (Rabu) | YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) mengalu-alukan kedatangan YBrs. Encik Wan Mohamad Hazman bin Wan Mohamad Hassan, Pengarah Giat MARA Negeri Selangor ke Ibu Pejabat BPA bagi menjayakan Majlis Penyerahan Kenderaan Pelupusan Nissan X-trail.
BPA memutuskan untuk melupuskan kenderaan ini secara hadiah kepada MARA bagi tujuan pembelajaran para pelajar di Pusat Giat MARA Puchong, di samping dapat menyumbang nilai tambah untuk pembangunan kemahiran pelajar serta usahawan di negeri Selangor.
Turut hadir adalah barisan pengurusan tertinggi BPA, Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor, Pengurus Giat MARA Puchong serta para pegawai.