30 Julai 2024 (Selasa) | Sesi Libat Urus (SLU) bersama agensi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sabah Load Dispatch Centre (SLDC) di Penampang bagi membincangkan aduan-aduan berkaitan dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri.
Kes aduan yang dibincangkan adalah berkaitan dengan bidang kuasa dan seliaan agensi tersebut.
Agensi itu adalah Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), yang menguruskan transformasi elektrik di negeri Sabah.
Turut menyertai SLU itu adalah pegawai-pegawai aset SESB, Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan, Pengarah BPA Sabah serta para pegawai BPA.
BPA mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SESB dalam usaha untuk memastikan seluruh pelusuk Sabah mendapat bekalan elektrik.