• 1
  • 10
  • 11
  • 12
  • 14
  • 15
  • 16
  • 18
  • 19
  • 2
  • 20
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 9

 

 

25 Oktober 2023I Biro Pengaduan Awam Putrajaya telah mengadakan Reruai/ Kaunter Aduan Bergerak (KAB) bersempena Program Hari integriti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Kementerian Pengangkutan di Menara Tun Ismail Mohd Ali, Aras G, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. 

Penglibatan BPA dalam Program ini bertujuan menyantuni warga kerja APAD dan masyarakat awam yang berurusan di Menara Tun Ismail Mohd Ali dan agensi-agensi kerajaan berdekatan. Program ini turut mendapatkan maklum balas seperti aduan dan pertanyaan daripada orang awam serta memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai tentang  perkhidmatan serta aplikasi yang disediakan oleh BPA. 

Program selama 2 hari ini telah diketuai oleh Pn Norhanizatuazwin Samsuni dari Unit Aduan 3 dan disertai oleh para penyiasat Unit Aduan 3 iaitu Pn. Mastura Noraini binti Mohd Hassan, Pn. Zalinah binti Yusof, dan En. Muhammad Taufiq bin Rasali. Unit Komunikasi Korporat pula telah diwakili oleh Pn. Nurul Huda binti Azmi dan Pn. Norhasimah binti Abdul Karim selain turut mendapat bantuan teknikal dari Unit ICT oleh En. Shahrulrizam bin Ibrahim.