• 1A
  • 1B
  • 1C
  • 1D
  • 1E

 

Kuala Terengganu, 27 & 28 Feb 2023 - YBrs. Tuan S Letchumanan A/L Sahnmugam, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) telah melakukan kunjungan hormat kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan juga kunjungan homat kepada Tuan Haji Rosli Bin Latif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

 

Lawatan kerja juga turut dilakukan ke BPA Terengganu/Kelantan bagi melihat operasi dan juga bertemu dengan kakitangan yang bertugas bagi mendapatkan maklum balas berkenaan aduan dan juga kebajikan kaiktangan.

 

Pada kali ini juga YBrs. Tuan Ketua Pengarah BPA turut turun padang bagi Lawatan Tapak di Dungun bersama agensi-agensi lain yang terlibat dalam menguruskan kes aduan PCB.287246 bagi memutakmadkan kes tersebut.