• 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

 

SLU BPA bersama MBS telah diadakan pada 9 Februari 2023 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Dato’ Klana Petra, Wisma MBS, Seremban, Negeri Sembilan dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato' Masri Bin Hj Razali, Datuk Bandar MBS, dan YBrs. Tuan Kamalazira Bin Pauzi, Timbalan Ketua Pengarah (P) BPA.

 

SLU ini bertujuan membincangkan kes-kes aduan yang melibatkan MBS, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCORP) Negeri Sembilan. 

 

Lawatan tapak bersepadu juga diadakan bagi aduan PCB.925860: Tanah Mendap dan aduan PCB.927105: Rumput-Rumput Sangat Tinggi Dan Banyak Nyamuk.

SLU ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua jabatan MBS serta wakil agensi yang berkaitan.

 

Wakil dari BPA Ibu Pejabat adalah Encik Sri Ram A/L Letchimanan, Encik Suhaimi Bin Saudi, Encik Mohd Shahrul Bin Sukiman dan Puan Mariani Binti Abdul Razak. 

 

BPA Melaka/Negeri Sembilan pula diwakili oleh Puan Joanna A/P Jayaprakash, Puan Nur Anis Nordin, Puan Azlin Shahida Mohd Noor dan Encik Mohd Nor Ezham Bin Mat Yusof.