• 312212191_490997676398159_2334493164499895140_n
  • 312241000_490997896398137_5595758949183049834_n
  • 313415318_490997796398147_6430679032407091922_n
  • 313433928_490998113064782_8756935402017646019_n
  • 313975500_490998003064793_3669523860967797417_n

 

3 November 2022 - Biro Pengaduan Awam (BPA) telah mengadakan lawatan ke ladang ayam tertutup, Fakulti Pertanian, Jabatan Sains Haiwan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Delegasi lawatan terdiri daripada 8 orang pegawai BPA, 2 orang pegawai daripada ibu Pejabat Jabatan Veterinar, Putrajaya dan 2 orang pegawai daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang diketuai oleh YBhg. Dato ‘Nor Sham binti Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) BPA.

Kehadiran delegasi disambut oleh Ketua Jabatan Sains Haiwan, UPM YBrs. Prof.Madya Dr.Henny binti Akit dan pegawai daripada Jabatan Sains Haiwan, UPM.