• 1-1
  • 1
  • 2
  • 3

 

 

1-3 Julai 2022 – Biro Pengaduan Awam berpeluang membuka kaunter aduan dan bertemu orang awam di siri Jelajah Keluarga Malaysia Pasir Salak, Perak. Program selama 3 hari ini, membuka ruang BPA untuk mendekati orang awam khususnya masyarakat dan penduduk di Negeri Perak.

 

Orang awam boleh membuat, menyemak aduan secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), mendapatkan khidmat nasihat, membuat pertanyaan dan juga mendapatkan informasi berkenaan aplikasi telefon pintar Respons Rakyat (RR) yang telah diguna pakai secara meluas serta memudahkan aduan disalurkan kepada BPA dengan lebih pantas.