BPA Melaka/N.Sembilan telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Aduan Berkaitan Projek Pembangunan ke Dalam Pusat Data Pembangunan Negeri Melaka pada 4 Ogos 2020 bertempat di Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Azizul Adzran Bin Mahmor, Pengarah Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO).Turut hadir ialah Puan S.Anuradah, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Tuan Fairuzan Abdul Majid, Pegawai Penerangan, BKK.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mendapat sokongan dan maklumat daripada agensi yang menguruskan aduan mengenai isu-isu pembangunan Negeri Melaka bagi membantu MIMO membangunkan pusat maklumat pembangunan Negeri Melaka ke arah membangunkan Malacca Big Data pada masa depan.