Sesi libat urus oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor bersama Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor telah diadakan di pejabat BPA Selangor pada 6 Julai 2020.

Sesi dipengerusikan oleh Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah BPA Selangor dan dihadiri oleh Puan Nor Azurah binti Nasir, Setiausaha Bahagian Korporat SUK Selangor serta pegawai dari kedua-dua agensi.