Hari Keluarga 2014

PORT DICKSON, 8 November 2014 - Biro Pengaduan Awam Putrajaya telah menganjurkan Program Hari Keluarga di Puteri Beach Resort, Port Dickson, Negeri sembilan yang dirasmikan oleh YBhg Dato' Mahani Tan Abdullah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam. Majlis telah mendapat sambutan baik dengan kehadiran yang amat menggalakkan dari warga BPA bersama keluarga.

AuditPUTRAJAYA5 November 2014 - BPA Putrajaya telah menerima kunjungan Audit Pemantauan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Organisasi yang diadakan dari 5 hingga 6 November 2014. Pihak SIRIM telah memilih BPA Putrajaya serta 3 lokasi tambahan audit iaitu BPA Pulau Pinang/Kedah/Perlis, BPA Negeri Sembilan/Melaka dan BPA Sarawak bagi menilai dan mengesahkan keberkesanan SPK Organisasi adalah dilaksanakan dan menepati standard ISO 9001:2008 serta mengesahkan pelaksanaan tindakan pembetulan yang berkesan ke atas penemuan audit terdahulu.

Maal Hijrah

PUTRAJAYA, 25 Oktober 2014 - PCB has joined national Maal Hijrah 1436H / 2014M celebrations heldat PICC, Putrajaya. Mrs. Anis Rizana Mohd. Zainudin, Deputy Director General (Complaints) and Mr Zulkifli Hamzah, Deputy Director General (Management) of PCB participated in the celebration.

Kundasang

KUNDASANG, RANAU, SABAH – 22 April 2014 (SELASA). BPA Sabah telah menyertai Program Perpaduan 1 Malaysia anjuran Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional Negeri Sabah dengan membuka kaunter aduan. Program tersebut telah disertai oleh beberapa agensi antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JAKIM, FAMA, Jabatan Pertanian dan beberapa agensi lain yang mengambil peluang mempamerkan peralatan mahupun hasil keluaran masing-masing yang boleh dibeli oleh orang awam. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid, Ahli Dewan Undangan Negeri N12, Karambunai, dan perasmi telah melawat setiap kaunter yang mengadakan pameran dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya kaunter BPA telah dikunjungi oleh 52 orang pengunjung. Kebanyakan pengunjung ingin mendapatkan maklumat mengenai BPA dan khidmat nasihat seperti tatacara membuat aduan dan bidang kuasa yang diperuntukkan. Sebanyak satu (1) aduan telah diterima berkenaan dengan kemudahan jalan raya yang menghubungkan kampung, sekolah dan klinik kesihatan.

 

Kulaijaya

KULAI, 27 April 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Tesco Kulaijaya, Kulai, Johor bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini.

 

Seramai 12 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB kali ini dan tiada aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Johor serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 

MersingKOTA TINGGI, 6 April 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan Program MESRA Rakyat Daerah Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing, Johor. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Johor dengan Pejabat Daerah Mersing dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Obet Tawil dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Aduan, Biro Pengaduan Awam Puan Anis Rizana Mohd Zainudin.

 

Sebanyak 28kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Tanah Daerah Mersing, Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor. Selain menerima aduan, program MESRA turut mengadakan sesi dialog bersama jabatan dan agensi yang terlibat dengan penduduk setempat.

 

Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Obet Tawil dan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat sangat menggalakkan. Seramai 420 orang pengunjung telah direkodkan hadir ke program ini yang terdiri daripada penduduk setempat, Badan Bukan Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat. Sebanyak 20 Aduan telah diterima dan direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

BPA turut membuka Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) dan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) semasa program MESRA Mersing berlangsung. Kaunter-kaunter ini dibuka khusus bagi membantu orang ramai yang tidak dapat turut serta dalam program MESRA yang dianjurkan. Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan program yang diadakan dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

 

 

phoca_thumb_l_2

 

 

KUALA PENYU, 29 April 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sabah telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Kuala Penyu di Tapak Tamu Lama Kuala Penyu, Sabah. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Sabah dengan Pejabat Daerah Kuala Penyu ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Limus Jury, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Nik Ab Rashid bin Nik Mohamad, Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan, Biro Pengaduan Awam dan Encik Edmund Teo, Pegawai Daerah Kuala Penyu.

 

 

Sebanyak 33kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Majlis Daerah Kuala Penyu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu dan Hospital Kuala Penyu. Program kali ini telah berjaya menarik seramai 696 orang pengunjung dan sebanyak 55 aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

 

Selain daripada kaunter aduan, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan juga dilaksanakan oleh Hospital Daerah Kuala Penyu dan Pejabat Kesihatan Kuala Penyu. Manakala Lembaga Hasil Dalam Negeri pula menyediakan kaunter penyemakan permohonan BR1M dan cukai pendapatan dan pihak Jabatan Tenaga Kerja telah membawa tiga (3) syarikat/majikan untuk mengadakan temu duga terbuka bagi beberapa jawatan kosong yang ditawarkan.

 

 

Antara isu-isu utama yang dibangkitkan semasa program KABB kali ini adalah mengenai pengeluaran geran tanah yang lambat, masalah jalan raya, bantuan kebajikan tidak diterima, gangguan monyet di kebun getah dan tiang elektrik yang condong dan bil elektrik yang meningkat.

 

phoca_thumb_l_2

JOHOR BHARU, 11 Mei 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah membuka program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Hutan Bandar Johor Bharu, Johor bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi hari ini.

Seramai 60 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB kali ini dan tiada aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Johor serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 

phoca_thumb_l_2

TASEK KENYIR, 4 MEI 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Kelantan/ Terengganu telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) bertempat di Tasek Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang hari ini.

 

Seramai lebih kurang 200 orang pengunjung yang hadir memeriahkan Program KAB kali ini dan sebanyak 2 aduan telah direkodkan dan sebanyak 10 khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung.

 

 

phoca_thumb_l_KAB SOOK 1SOOK, KENINGAU, SABAH – 22 Mac 2014 (Sabtu). BPA Negeri Sabah telah turut serta dalam Program Mesra Pelanggan Bersama YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Sook, Keningau dengan membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB). Program anjuran bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) tersebut diadakan di Dewan Masyarakat dan Padang PekanSook, Keningau dan bertujuan untuk menyelami liku kehidupan masyarakat di kawasan pedalaman Sabah.

 

 

Program Mesra Pelanggan tersebut telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen P182 Pensiangan bagi pihak YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Program berkenaan turut dihadiri oleh YB Datuk Ellron Angin, Ahli Dewan Negeri N. 37 Sook merangkap Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah, pemimpin masyarakat setempat serta 18 jabatan/agensi kerajaan yang lain seperti Keningau FM, Tabung Haji, JabatanTenaga Kerjadan Jabatan Pendaftaran Negara. Pameran dan aktiviti yang diadakan sempena program seperti kaunter aduan BPA, pendaftaran pekerjaan dan kerjaya oleh SPP, SPA dan MARA serta temuduga terbuka oleh Jabatan Imigresen Malaysia telah menarik kehadiran ramai pengunjung terutamanya di kalangan belia-belia di kawasan pedalaman negeri Sabah yang amat memerlukan maklumat perkhidmatan serta peluang kerjaya yang ditawarkan.

 

 

Pada keseluruhannya Program KAB Pekan Sook, Keningau telah Berjaya menarik jumlah pengunjung yang amat menggalakkan iaitu sebanyak 111 orang dan empat (4) aduan telah direkodkan. Di samping itu, BPA Negeri Sabah juga telah memberikan penerangan mengenai peranan BPA dan saluran-saluran aduan yang disediakan kepada orang ramai serta memberikan khidmat nasihat kepada para pengunjung.

 

Laman 1 daripada 8
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas