Program Mesra Rakyat Dan KABB Maran 2014

KABB Maran

Maran, 16 Oktober 2014 - Program Mesra Rakyat 2014 telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Maran, Pahang. Program anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Maran ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang. Program Mesra Rakyat ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BPA iaitu Encik Zulkifli bin Hamzah, Pegawai Daerah Maran, YH Dato' Fadzilla bin Hj Salleh dan YM Dato’ Tengku Mohd Amin Tuan Sulaiman, Pengarah Aduan BPA.

 

Program Mesra Rakyat 2014 ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Platform yang disediakan juga telah digunakan sebaik mungkin oleh pengunjung yang hadir untuk mengemukakan aduan atau permasalahan secara terus kepada Ketua/wakil Jabatan/Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat. Pada tahun ini sebanyak 25 Ketua/wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan telah dijemput menjadi ahli panel semasa sesi Perkongsian Pendapat yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri SUK Pahang.

 

Program ini telah yang berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang dan telah berjaya menarik 498 orang pengunjung. Sebanyak 30 aduan dan 2 bukan aduan daripada 17 orang pengadu telah berjaya direkodkan sepanjang berlangsungnya sesi Perkongsian Pendapat.

 

Seterusnya, sebanyak 26 agensi dan jabatan kerajaan di peringkat daerah termasuk BPA sendiri telah membuka kaunter aduan dan pameran untuk program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Maran yang turut diadakan serentak dengan program Mesra Rakyat 2014 . Sebanyak 7 aduan dan 1 bukan aduan lagi telah direkodkan semasa Program KABB tersebut menjadikan keseluruhan kes yang diterima semasa Program Mesra Rakyat 2012 dan KABB Maran adalah sebanyak 40 kes.

 

 

Last modified on Friday, 07 November 2014 09:39

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top