Seminar Pengurusan Aduan Awam 2014

Seminar Pengurusan AduanPUTRAJAYA, 9 Oktober 2014 - YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah merasmikan Seminar Pengurusan Aduan Awam 2014 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Seramai 277 peserta menghadiri seminar kali ini yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian/agensi, wakil dari SUK Negeri, Ketua Komunikasi Korporat, pegawai perhubungan awam dan pegawai-pegawai yang menguruskan aduan di kementerian/ agensi masing-masing.

Seminar tahunan anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA), JPM memfokuskan kepada pembentangan Laporan Pelaksanaan Garis Panduan Penambahbaikan Pengurusan Aduan Sektor Awam Bil. 1/2013 di lima agensi rintis sektor awam iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Selain itu ia juga bagi membentangkan prestasi pengurusan aduan awam Kementerian/Agensi bagi tahun 2013; dan membincangkan isu-isu pelaksanaan Garis Panduan Penambahbaikan Pengurusan Aduan Sektor Awam.

Seminar kali ini menganugerahkan sijil kepada kementerian dan agensi yang berjaya mencapai KPI pengurusan aduan yang telah ditetapkan pada tahun 2013. Penilaian dibuat berdasarkan dua kiriteria iaitu mencapai atau melebihi KPI 80% bagi penyelesaian aduan dan mencapai atau melebihi KPI 60% bagi penyelesaian aduan dalam masa 15 hari berkerja.

Last modified on Tuesday, 28 October 2014 23:47

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top