SEMINAR PENUBUHAN OMBUDSMAN MALAYSIA BERSAMA OMBUDSMAN NEW ZEALAND

9

PUTRAJAYA, 20 September 2019 - Seminar Penubuhan Ombudsman Malaysia bersama Ombudsman New Zealand telah diadakan selama dua hari dari 19-20 September 2019, di Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Objektif seminar adalah untuk memberi pendedahan mengenai kerangka undang-undang, peranan, fungsi Ombudsman dan bidang kuasa Ombudsman.
Seminar juga bertujuan bertukar maklumat dan pandangan mengenai proses pengendalian aduan termasuk penghasilan laporan, pelantikan Ketua Ombudsman dan Ketua Eksekutif Ombudsman oleh Parlimen.
Seminar yang menjurus kepada perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA), Mr Peter Boshier, Ketua Ombudsman New Zealand dan Ms Emma Leach, Penolong Ombudsman New Zealand.
Seminar turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi BPA, Pengarah BPA negeri, pegawai-pegawai BPA ibu pejabat dan negeri.

 

Lagi gambar

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top