KUALA LUMPUR, 12 Julai 2019 - Sesi Libat Urus Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Penguatkuasa DBKL.
Sesi yang diketuai YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, BPA adalah untuk membincangkan aduan mengenai kegiatan rumah urut tanpa lesen.
Selepas sesi libat urus tersebut YBhg. Datuk Harjeet Singh juga sempat meluangkan masa melawat pusat panggilan setempat (Call centre) DBKL.