MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PENGADUAN AWAM (JKTPA)

1

PUTRAJAYA, 15 Mei 2019 - Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bil. 1/2019 telah diadakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C1, Putrajaya.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), YBhg. Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull, Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Timbalan Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah, Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), YBhg. Dato’ Othman bin Semail, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (P) dan YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA).

Turut hadir sama adalah wakil-wakil dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPM.

Mesyuarat ini bertujuan menentukan dasar-dasar mengenai sistem pengaduan awam dan membuat keputusan mengenai laporan yang dikemukakan oleh BPA serta mengambil tindakan pembetulan untuk aduan yang dirujuk kepada BPA.

 

Lagi gambar

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss 
 
 
   
 
 
Go to top