28 Januari 2018, Kipmart Kota Tinggi Johor - Sempena Program Kembara Kerjaya Swadaya Insan Johor (KKSIJ) 5.0 Tahun 2018 anjuran Azam Kerja Muafakat Johor. BPA Negeri Johor telah membuka kaunter aduan pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Program KAB ini bertujuan memberikan kemudahan dan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan aduan, pertanyaan serta mendapatkan khidmat nasihat berhubung skop tugas dan bidang kuasa BPA sebagai makluman kepada orang awam yang hadir ke kaunter BPA. Selain itu, BPA Negeri Johor juga turut mempromosikan saluran aduan terbaru melalui aplikasi mobile Rakyat Responz kepada orang awam.
Dianggarkan sebanyak 32 orang pengadu telah hadir ke kaunter BPA bagi membuat pertanyaan dan khidmat nasihat. Sebanyak 6 orang telah memuat turun aplikasi Rakyat Responz dan tiada aduan yang diterima sepanjang program tersebut berlangsung. Petugas-petugas kaunter yang terlibat ialah Puan Aida binti Jamaluddin, Puan Azura binti Ab. Aziz dan Encik Mohd Fadli bin Abd. Aziz.
Disediakan oleh :
BPA Negeri Johor
29 Januari 2018