PUTRAJAYA, 15 November 2017 - Ketua Pengarah BPA, Datuk Harjeet Singh telah menyampaikan taklimat berhubung isu keselamatan taman permainan kanak-kanak di Seminar Kebangsaan Taman Permainan Kanak-Kanak 2017: Pemakaian Standard Malaysia MS 966:2017 dan MS 2665:2017.
Antara punca utama berlaku kemalangan di taman permainan kanak-kanak adalah vandalisme, tiada penyelenggaraan oleh pihak berwajib dan pembinaan taman permainan yang tidak mengikut spesifikasi yang digariskan oleh Playground Association of Malaysia (PSAM).
Selain itu, pembinaan dan penyediaan taman permainan kanak-kanak perlu mengikuti standard Dasar Landskap Negara dan menepati Garis Panduan Landskap Negara Taman (GPLNT)
BPA telah membentangkan kertas berhubung isu ini di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bil. 1/2017 yang telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 06 Oktober 2017 dan kini dalam peringkat kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menyelesaikannya.
Seminar selama dua hari itu telah berlangsung di Kementerian Wilayah, Putrajaya.
Berita oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam