KKM Komited Sebagai Agensi Rintis Pemerkasaan Pengurusan Aduan

phoca_thumb_l_DSC_0023 31 Disember 2013 – PUTRAJAYA – Delegasi BPA hari ini dengan penuh bangga telah diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Dato’ Mahani Tan Abdullah bagi memenuhi undangan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberikan taklimat berhubung Halatuju Baharu dan Pemerkasaan Pengurusan Aduan Sektor Awam. Bertempat di Bilik Gerakan Aras 4, KKM, delegasi BPA turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah Aduan, Puan Anis Rizana Zainudin @ Zainuddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Aduan 1, Encik Lee Soon Hoe, Ketua Penolong Pengarah Unit Inovasi 1, Encik Abdul Jalil Ismail, Ketua Penolong Pengarah Unit Teknologi Maklumat, Puan Rohayati Ramli, Penolong Pengarah Unit Aduan 1, Encik Goh Kah Chong, serta Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Shaiful Annuar Mohd. Arif.

Kunjungan delegasi BPA ini telah disambut baik oleh Ketua Setiausaha, Datuk Farida Mohd. Ali dan sesi taklimat telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKM, Datuk Hasnah Haji Salleh dan disertai lebih daripada 50 orang pegawai-pegawai kanan di Ibu Pejabat dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Sesi taklimat ini telah berlangsung dari jam 9.45 pagi sehingga 12.30 tengah hari dengan penuh pengisian dan penjelasan berhubung dengan Garis Panduan Penambahbaikan Pengurusan Aduan di Agensi Sektor Awam Malaysia Bil. 1/2013. Selain itu juga, taklimat lebih mendalam berhubung dengan Projek Rintis Pemerkasaan Pengurusan Aduan juga diperjelaskan dengan lebih mendalam memandangkan Kementerian Kesihatan Malaysia telah terpilih sebagai salah sebuah Kementerian/ Agensi yang terlibat bermula Januari 2014 ini. Selain KKM , Agensi lain yang telah dipilih sebagai perintis adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss 
 
 
   
 
 
Go to top