Mesra Rakyat Daerah Petaling Penutup Tirai Program Proaktif BPA Tahun 2013

phoca_thumb_l_MESRA PJ 3

PETALING JAYA 28 Disember 2013 - Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri telah berjaya menyelesaikan 91.7 peratus atau 8,907 kes daripada 9,713 aduan yang diterima sepanjang tahun ini hingga Khamis lepas.

 

Ketua Pengarah BPA, Dato’ Mahani Tan Abdullah berkata, sementara 806 kes lagi, atau 8.3 peratus masih dalam tindakan BPA.

 

"Di peringkat Negeri, aduan mengenai kelewatan ataupun tiada tindakan yang diambil antara yang mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 50 peratus, kualiti perkhidmatan tidak memuaskan sebanyak 12.6 peratus, kegagalan penguatkuasaan (9 peratus), kekurangan kemudahan awam (8.8 peratus) dan aduan ke atas tindakan tidak adil (6.7 peratus), manakala 12.9 peratus lagi terdiri daripada lain-lain aduan.

 

"Daripada jumlah aduan yang diterima di seluruh negara, 6,080 aduan ataupun 63 peratus adalah terhadap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan, manakala 3,633 ataupun 37 peratus adalah aduan terhadap kerajaan negeri," katanya semasa berucap di Program Mesra Rakyat BPA Tahun 2013 Daerah Petaling di sini, hari ini.

 

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat BPA Tan Sri Abdul Halim Ali, Anggota Lembaga Penasihat BPA, Datuk N. Siva Subramaniam dan Pengarah Aduan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin.

 

Sementara itu, Mahani ketika ditemui pemberita berkata, Program Mesra Rakyat yang merangkumi sesi dialog bersama penduduk setempat merupakan usaha BPA untuk memberi peluang kepada rakyat mengutarakan aduan secara bersemuka, selain berinteraksi bersama mereka.

 

"Sebanyak 24 soalan daripada penduduk setempat telah dikumpulkan menerusi sesi dialog ini dan kami akan menyalurkannya kepada badan-badan kerajaan yang berkaitan untuk diselesaikan secepat mungkin," katanya.

 

Lebih daripada 20 jabatan kerajaan, pihak berkuasa serta badan berkanun telah mengambil bahagian dalam sesi dialog bersama penduduk antaranya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

 

Program ini telah dihadiri seramai 400 orang hadirin yang terdiri daripada penduduk di Desa Mentari serta sebanyak 50 aduan telah direkodkan sepanjang program ini berlangsung. Program Mesra Rakyat khas anjuran BPA dengan kerjasama MBPJ ini telah menutup tirai program proaktif BPA bagi tahun 2013 dengan jayanya.

 

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top