BPA Sarawak Sertai Program Mobile Community Transfomation Centre (CTC), Lundu

phoca_thumb_l_pos_malaysia

LUNDU – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah menyertai Program Mobile Community Transformation Centre (CTC) pada 14 dan 15 Disember 2013 di Medan Pusat Penjaja Jubli Perak, Lundu. Program CTC ini merupakan anjuran Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Sarawak dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Tan Sri Haji Adenan Bin Haji Satem, Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-Tugas Khas. Program ini telah dijayakan dengan penyertaan oleh 30 agensi Kerajaan yang merangkumi agensi Persekutuan dan Negeri.

Pembukaan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) BPA Sarawak yang dibuka selama 2 hari telah berjaya menarik seramai 50 orang pengunjung dari Pekan Lundu dan kawasan yang berhampiran dan sebanyak 3 aduan dan 1 bukan aduan (aduan swasta) telah direkodkan. Aduan yang diterima adalah berkaitan SESCO dan aduan pembalakan yang menjejaskan alam sekitar. Pengunjung juga telah diberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan BPA serta saluran untuk mengemukakan aduan, pertanyaan mahupun cadangan.

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top