Saluran Aduan Di 300 Pejabat Pos Dan Pos Mini Terpilih

PUTRAJAYA, 17 Disember 2013 – YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, hari ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Borang Aduan BPA Di Pos Malaysia bertempat di Blok B1, Kompleks JPM.

 

Pos Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Mearia Hamzah, Ketua Pegawai Operasi, One-Stop Solutions (OSS)

Pos Malaysia Berhad. Majlis ini telah dihadiri lebih daripada 120 orang yang terdiri       daripada pegawai-pegawai daripada Pos Malaysia dan BPA sendiri selain daripada kehadiran media.

 

YB Menteri dalam ucapan pelancarannya telah mengucapkan tahniah kepada BPA dan Pos Malaysia yang telah berjaya merealisasikan kerjasama strategik berteraskan budaya National Blue Ocean Strategy (NBOS) ini.

 

Kerjasama strategik BPA bersama Pos Malaysia ini merupakan inisiatif bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir, dengan membekalkan borang aduan ke 300 Pejabat Pos Luar Bandar dan Pos Mini yang terpilih.

 

Kini orang ramai khususnya di lokasi 300 Pejabat Pos dan Pos Mini yang terpilih boleh menyalurkan aduan melalui borang aduan BPA tanpa bayaran setem.

 

Usaha ini dilaksanakan BPA selaras dengan saranan YBhg. Tan Sri KSN dalam meningkatkan usaha merakyatkan perkhidmatan awam. Semoga usaha ini memberi persepsi positif rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang padu tanpa sempadan. Melalui usaha ini juga, BPA akan lebih memperluaskan peranan sebagai pemantau aduan sektor awam.

 
 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss 
 
 
   
 
 
Go to top