BPA Anjur Program Mesra Di Daerah Bera

phoca_thumb_l_IMG_6494

BERA, 22 OKTOBER 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pahang telah mengadakan Program MESRA Rakyat Daerah Bera di Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Pahang dengan Pejabat Daerah dan Tanah Bera dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Muhammad Safian Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Dato’ Mahani Tan Abdullah dan Pegawai Daerah Bera, Dato’ A. Rahman Hamzah.

 

Sebanyak 14kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Hutan Daerah Bera dan Pejabat Kesihatan Daerah Bera. Selain menerima aduan, program MESRA kali ini turut mengadakan ‘Sesi Perkongsian Pendapat’ bersama jabatan dan agensi yang terlibat dengan penduduk setempat. Seramai 22 ahli panel telah terlibat dalam sesi perkongsian pendapat ini. Pengunjung juga turut didedahkan dengan peranan dan fungsi Biro Pengaduan Awam.

 

Sesi perkongsian pendapat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Muhammad Safian Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan seramai 22 ahli panel telah terlibat dalam sesi perkongsian pendapat ini. Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat sangat menggalakkan dimana 550 orang pengunjung telah direkodkan hadir ke program ini yang terdiri daripada penduduk setempat, Badan Bukan Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat. Sebanyak 18 Aduan telah diterima dan direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

YB Dato’ Seri Muhammad Safian Ismail semasa menutup sesi perkongsian pendapat menekankan sekali lagi betapa pentingnya agensi-agensi kerajaan untuk mengambil tindakan pantas dan proaktif bagi menyelesaikan aduan dan masalah orang ramai.

 
 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top