Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu Tahun 2013 Daerah Gombak “Program Masyarakat Tolak Rasuah”

phoca_thumb_l_KABB_gombak_2

GOMBAK, 12 Oktober 2013 – Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Kompleks Muhibah, Taman Boltan, Gombak mulai jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang dengan kerjasama dari Rukun Tetangga Kampung Tengah Lembah Gombak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Program KABB ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shamsun Baharin bin Mohd Jamil, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sebanyak 13 Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri serta swasta turut sertadalam pembukaan kaunter semasa program ini. Antara Jabatan/Agensi yang turut terlibat adalah iaitu Jabatan Kerja Raya Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, RELA Negeri Selangor, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor, serta Pos Malaysia. Di samping itu, pemeriksaan kesihatan juga disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti ceramah oleh SPRM, JAIS dan BPA serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Perkhidmatan pejabat pos bergerak juga disediakan untuk kemudahan orang ramai di sekitar daerah ini.

Program KABB ini berjaya menarik perhatian lebih kurang 250 orang pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan serta orang awam.

Objektif utama program ini yang bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat di Daerah Gombak untuk menyuarakan segala pandangan, cadangan dan aduan terhadap agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeritercapai memandangkan hampir semua kaunter telah dikunjungi orang ramai. Jumlah keseluruhan aduan yang diterima adalah sebanyak 4 kes dan 25 kes bukan aduan telah direkodkan.Aduan yang dikemukakan oleh masyarakat di Daerah Gombak adalah tertumpu kepada keadaan infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik, isu penguatkuasaan dan perkhidmatan yang lambat.

Melalui program KABB ini, penduduk setempat secara langsung didedahkan dengan peranan dan fungsi agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri melalui pameran, edaran brosur, khidmat nasihat dan makluman secara interaktif.

 
 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top