Perhimpunan Bulanan BPA

phoca_thumb_l_perhimpunanpagi_9_okt_2

PUTRAJAYA, 9 Oktober 2013 – Warga BPA diingatkan agar mematuhi etika kerja yang telah ditetapkan supaya kualiti kerja dan imej organisasi dapat ditingkatkan, kata Dato’ Mahani Tan Abdullah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam semasa Perhimpunan Bulanan BPA bagi Bulan Oktober hari ini.

 

Warga BPA juga disaran untuk terus berusaha mencipta inovasi dengan meningkatkan kemahiran dan keberanian berfikir di luar kotak dan melahirkan idea-idea yang unik. Ini adalah kerana inovasi pemangkin perdana transformasi. Merujuk kepada ucapan Ketua Setiausaha Negara semasa merasmikan Majlis Inovasi Sektor Awam (AISA) 2013 pada 1 Oktober yang lalu, Dato’ Mahani berkata sejarah telah membuktikan hanya mereka yang berani mencabar status quo dapat mencapai kecemerlangan yang luar biasa. Untuk itu, pengurusan tertinggi BPA sentiasa bersedia menerima dan mempertimbangkan sebarang cadangan membina daripada warga BPA untuk menghasilkan evolusi dalam penyampaian perkhidmatan kepada stake-holders.

Dato’ Mahani turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua warga BPA yang terlibat dalam menjayakan Seminar Pengurusan Aduan BPA Tahun 2013 pada 24 September yang lalu. Tanpa kerjasama dan komitmen dari semua pihak, seminar ini tidak akan berjaya dilaksanakan. Beliau juga berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Akhir kata, Dato’ Mahani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga BPA yang beragama Islam dan menasihatkan kepada semua agar berhati-hati semasa memandu supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

Satu sesi perkongsian ilmu turut diadakan semasa perhimpunan kali ini. Encik Paramjothy dari BPA Selangor telah menyampaikan taklimat dengan tajuk “Disney’s Approach to Quality Service”. Taklimat ini adalah mengenai bagaimana Disney menggunakan kemahiran untuk memuaskan hati pelanggan serta memikat pelanggan untuk kembali ke taman tema mereka. Perkongsian ilmu ini juga turut memberi penekanan tentang pentingnya kemahiran berkomunikasi agar semua pihak mendapat manafaatnya.

 

 

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top