Program Mesra Rakyat Dan KABB Dungun

phoca_thumb_l_Mesra Dungun4

DUNGUN, 1 Oktober 2013 - Program Mesra Rakyat Dungun telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Program anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Terengganu/Kelantan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Johan bin Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

 

Program MESRA Rakyat yang diadakan sekali setiap tahun ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan sebarang aduan atau permasalahan secara terus kepada Ketua Jabatan Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat. Sebanyak 19 Jabatan dan Agensi Kerajaan terlibat dalam Program Mesra Rakyat kali ini di mana Ketua-ketua Jabatan terbabit telah menjadi ahli panel semasa sesi Perkongsian Pendapat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Johan bin Ibrahim.

 

Program yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi ini telah berjaya menarik perhatian lebih daripada 700 orang pengunjung dan sebanyak 40 kes aduan daripada 18 orang pengadu telah berjaya direkodkan sepanjang berlangsungnya sesi Perkongsian Pendapat semasa Program Mesra Rakyat ini.

 

 

Pada masa yang sama, BPA Terengganu/Kelantan turut membuka Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Dataran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Terengganu. Sebanyak 12 agensi dan jabatan kerajaan dijemput untuk bersama-sama membuka kaunter aduan dan pameran untuk program KABB ini yang diadakan sempena Program Mesra Rakyat kali ini. Seramai 100 orang pengunjung telah hadir dan sebanyak 9 kes dan 35 khidmat nasihat telah direkodkan semasa Program KABB dan menjadikan keseluruhan kes yang diterima di Program Mesra Rakyat dan KABB Dungun adalah sebanyak 49 kes.

 

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top