Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Labuan

 

LABUALabuan 4N, 28 APRIL 2013 BPA Sabah telah mengadakan satu program Kaunter Aduan Bergerak di perkarangan Ujana Kewangan Labuan tingkat bawah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Memandangkan BPA tidak mempunyai cawangan di Labuan, kebanyakan pengunjung yang datang bertanyakan tatacara membuat aduan sekiranya tidak dapat datang ke pejabat BPA Sabah di Kota Kinabalu. Seramai 70 pengunjung direkodkan pada hari tersebut dan empat (4) aduan telah diterima daripada orang awam. Dua daripada aduan yang diterima melibatkan bayaran pencen, gratuiti dan bayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) yang tidak diterima setelah tiga (3) bulan berpencen dan jumlah pencen terbitan yang tidak dinaikkan mengikut kadar semasa. Secara keseluruhan, program KAB Labuan selain daripada menerima aduan, juga banyak melibatkan makluman dan hebahan kepada pengunjung mengenai tanggung jawab BPA dan tatacara membuat aduan melalui laman portal BPA.

 

 
 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Governance, Integrity and Anti-corruption Centre (giacc)
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000 
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my
 
 
  
 
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Go to top