Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Aeon Mall, Terbau, Johor Bahru, Johor

phoca_thumb_l_2Johor Bahru, Johor, 22 April 2018 - Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Bil.5/2018 telah diadakan pada di Aeon Mall, Terbau, Johor Bahru, Johor. BPA Negeri Johor telah membuka kaunter aduan pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Program KAB ini bertujuan memberikan kemudahan dan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan aduan, pertanyaan serta mendapatkan khidmat nasihat berhubung skop tugas dan bidang kuasa BPA sebagai makluman kepada orang awam yang hadir ke kaunter BPA. Selain itu, BPA Negeri Johor juga turut mempromosikan saluran aduan terbaru melalui aplikasi mobile Rakyat Responz kepada orang awam. Dianggarkan sebanyak 30 orang pengadu telah hadir ke kaunter BPA bagi membuat pertanyaan dan khidmat nasihat. Tiada pengunjung yang memuat turun aplikasi Rakyat Responz dan tiada aduan yang diterima sepanjang program tersebut berlangsung. Petugas-petugas kaunter yang terlibat ialah Puan Norlina bt. Othman, Puan Azura bt. Abd. Aziz dan En. Mohd Fadli b. Ab. Aziz 

 

 

Disediakan oleh :

BPA Negeri Johor

Lihat gambar

 
CONTACT US
 
PUBLIC COMPLAINTS BUREAU
Prime Minister’s Department
Level 6, Block B1
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel: webmaster[at]pcb.gov.my
  
 
LINKS
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss 
 
Go to top