PUTRAJAYA, 6 JUN 2013 – Majlis Perpisahan mantan Timbalan Ketua Pengarah Aduan Biro Pengaduan Awam (BPA), YAB Tuan Azlan Man telah diadakan pada tengah hari semalam. Majlis ini diadakan bersekali dengan majlis kesyukuran atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu pada 7 Mei yang lalu.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mahani Tan Abdullah, Ketua Pengarah BPA, Encik Zulkifli Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Pengarah-pengarah Bahagian serta warga BPA. Dianggarkan seramai 80 orang warga BPA telah sama-sama memeriahkan majlis pada hari ini. Dato’ Mahani dalam ucapannya menyatakan rasa syukur atas pelantikan Tuan Azlan sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

Yang Amat Berhormat Tuan Azlan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di BPA. Beliau akan menggunakan sepenuhnya pengalaman dalam pengurusan aduan bagi memastikan Negeri Perlis yang diteraju beliau menjadi negeri maju menjelang tahun 2015.Tuan Azlan turut meluangkan masa selama satu jam untuk beramah mesra dengan warga BPA. Sebelum beliau meninggalkan majlis, beliau berharap kerjasama antara BPA dengan Kerajaan Negeri Perlis dapat diteruskan untuk menmperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan awam kepada pelanggan dan stake-holders.
 
kabb lawas 3 

LAWAS, 25 MEI 2013 – Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Lawas mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Residen Bahagian Limbang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

 

Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas dan sebanyak 17 Jabatan/Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut serta dalam program ini. Antara jabatan yang membuka kaunter adalah Pejabat Residen Bahagian Limbang, Majlis Daerah Lawas, Jabatan Kerja Raya Lawas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lawas, Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Lawas, Pejabat Tenaga Kerja Lawas dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Sarawak.

 

Program KABB inijuga telah berjaya menarik perhatian hampir 250 orang pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, ketua-ketua kaum, ketua-ketua Rukun Tetangga, wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan serta orang awam. Sebanyak 13 kes aduan dan 9 kes bukan aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.Antara aduan yang dikemukakan adalah isu keadaan jalan raya yang tidak memuaskan, masalah air paip kotor dan sistem perparitan yang tidak teratur.

 

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat menyuarakan pandangan, cadangan dan aduan terhadap agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selain itu, saringan kesihatan secara percuma turut disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lawas kepada orang ramai. Melalui program KABB ini, penduduk setempat juga didedahkan dengan peranan dan fungsi agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui pameran, edaran brosur serta khidmat nasihat.

PM rasmi Pejabat BPA pahang UTC

JOHOR BAHRU, 13 APRIL 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) sempena program Kempen Kesedaran Jenayah AIDS dan Dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang hari ini.

 Seramai 15 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB pada kali ini. Kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Johor serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 

 

Laman 8 daripada 8
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas