phoca_thumb_l_kab kuala besut 2

KUALA BESUT, 20 JULAI 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Kelantan/Terengganu telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Dewan Orang Ramai Kampung Bharu, Kuala Besut Terengganu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari hari ini.

Program ini adalah anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Seramai lebih kurang 200 orang pengunjung telah hadir memeriahkan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Kuala Besut ini.

phoca thumb l IMG 4912

KEMAMAN- 4 Julai 2013- Program Kaunter Aduan Bergerak (KABB) Kemaman telah diadakan pada 4 Julai 2013 (Khamis) bertempat di tapak Medan Selera, berhadapan Bangunan TNB, Kemaman, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kemaman, Encik Abdul Hadi bin Wahab.

Program ini merupakan kerjasama Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu/Kelantan, dengan kerjasama Pejabat Tanah Kemaman. KABB kali ini melibatkan sebanyak 13 agensi Persekutuan, Negeri dan Badan-badan berkanun yang telah membuka kaunter masing-masing.

Selain perkhidmatan kuanter, agensi-agensi juga telah menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pembayaran cukai tanah dan semakan senarai hitam oleh agensi yang terlibat.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari ini telah dihadiri oleh 70 orang tempatan dan sebanyak 20 kes aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

phoca thumb l IMG 4859

PUTRAJAYA- 3 JULAI 2013- Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini telah berbesar hati menerima lawatan daripada Menteri yang telah dilantik menyelia BPA iaitu YB. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan. Lawatan kerja rasmi beliau telah diiringi oleh beberapa orang pegawai kanan beliau termasuklah Setiausaha Sulit Kanan,YBhg. Dato’ Lim Kwang Mi serta Setiausaha Akhbar dan Pegawai Khas beliau. Kehadiran delegasi khas ini telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi BPA termasuklah Ketua Pengarah BPA, YBhg. Dato’ Mahani Tan Abdullah.

 

Semasa lawatan YB Menteri, beliau turut mengunjungi persekitaran kerja Bahagian Aduan sebelum bergerak ke Bilik Mesyuarat Utama BPA di mana lokasi sesi taklimat ringkas berhubung BPA telah disampaikan oleh Puan Anis Rizana Zainudin selaku Timbalan Ketua Pengarah Aduan, BPA. Sesi taklimat khas bersama YB Menteri ini telah berlangsung hampir 2 jam sebelum berlangsungnya sesi penyampaian cenderahati serta menandatangani buku pelawat dan sesi bergambar. Pelbagai perkongsian idea dan perbincangan isu telah berlangsung pada sesi yang turut dihadiri oleh Pengarah- Pengarah serta Ketua Penolong Pengarah BPA Putrajaya. Jamuan makan tengah hari telah mengakhiri sesi lawatan ini.

 

KABB TELUPID-17

TELUPID – 22 Jun 2013 (Sabtu) Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) pertama BPA Sabah bagi tahun 2013 telah diadakan di Perkarangan SEDCO Pekan Telupid, Daerah Telupid Sabah

 

 

Program KABB Telupid dimulakan dari jam 8.00 pagi sehingga lebih kurang jam 1.00 tengah hari dan telah disertai oleh 28 agensi termasuk BPA sendiri. Sebagai aktiviti tambahan beberapa agensi telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada program KABB kali ini dengan menganjurkan kaunter perkhidmatan seperti berikut:

 

 

  1. 1.Kaunter transaksi Jabatan Pengangkutan Jalan (pembaharuan lesen, cukai jalan dan semakan saman / senarai hitam.

 

 

  1. 2.Sesi temu duga oleh syarikat swasta anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah.

 

 

  1. 3.Pemeriksaan bil air oleh Jabatan Air Daerah Telupid.

 

4. Pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma oleh Klinik Kesihatan Daerah Telupid.

 

Sesi temu duga anjuran pihak Jabatan Tenaga Kerja Sabah telah berjaya menarik seramai 165 orang yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda di kawasan Telupid dan kawasan berhampiran yang mencari peluang pekerjaan. Sebanyak lapan (8) majikan/syarikat seperti IOI Corporation Bhd, IJM Plantations Bhd, Ever Yield Sdn Bhd, Sapatanian Sdn Bhd, Sime Darby Plantation (S) S/B (Segaliud Estate), Public Mutual Bhd, Mysara Beauty & Hair Enterprise dan Kerjaya Enterprise Sdn Bhd telah turut serta dalam sesi temuduga tersebut.

 

Program KABB pada kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Yusop Hj Osman, Pegawai Daerah Beluran. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Aduan BPA, Puan Anis Rizana Mohd. Zainudin. Pada keseluruhannya Program KABB Telupid telah berjaya menarik seramai 690 pengunjung dan merekodkan sejumlah 78 aduan.

 

phoca thumb l KABB HULU PERAK 22 jun9

HULU PERAK, 22 Jun 2013 – Biro Pengaduan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Program Mesra Rakyat (MESRA) di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Perak bertujuan memberikan ruang kepada penduduk tempatan untuk berinteraksi secara terus dan telus dengan Ketua-ketua Jabatan kerajaan dalam program berkenaan.

Turut dianjurkan, Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di perkarangan luar Dewan Serbaguna tersebut sebagai peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan bertanya soalan semasa Majlis Sesi Dialog untuk membuat aduan terus kepada jabatan/ agensi yang membuka kaunter. Ia juga membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peranan dan perkhidmatan yang disediakan jabatan/ agensi tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Gerik, Dato’ Haji Hasbullah Bin Osman. Seramai 20 orang Ketua Jabatan telah hadir sebagai Ahli Panel untuk Majlis Sesi Dialog dan sebanyak 28 Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri serta swasta telah turut sertadalam pembukaan Kaunter Aduan dan Pameran.

Program MESRA ini telah berjaya menarik hampir 280 orang pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan serta orang awam.

Majlis Sesi Dialog telah mendapat sambutan hangat dari pengunjung yang hadir, di mana sebanyak 28 soalan telah diajukan kepada Ahli Panel sepanjang tempoh dua jam Sesi Dialog ini berlangsung (10.30 pagi – 12.30 tengah hari). Program KABB pula telah merekodkan sebanyak 19 kes Aduan dari orang awam dan 2 kes Khidmat Nasihat. Petugas kaunter juga dilihat bersungguh-sungguh menghias kaunter jabatan masing-masing bagi merebut Anugerah Kaunter Aduan dan Pameran Terbaik yang menjadi acara wajib setiap kali BPA Negeri Perak menganjurkan Program KABB. Bagi Anugerah Kaunter Aduan dan Pameran Terbaik ini, tempat pertama telah dimenangi oleh Majlis Daerah Gerik, diikuti Lembaga Air Perak manakala tempat ketiga jatuh kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Perak.

Walau pun Program MESRA memberi fokus kepada penerimaan aduan semasa Majlis Sesi Dialog dan KABB pula memberi fokus kepada penerimaan aduan di kaunter, namun terdapat juga beberapa aktiviti sampingan lain yang diadakan bagi menarik perhatian pengunjung. Antaranya adalah Kempen Derma Darah oleh Unit Tabung Darah Hospital Gerik, Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Perak, Pendaftaran Sukarelawan Askar Wataniah oleh Rejimen Askar Wataniah Kem 503 dan Pertandingan Kuiz di mana soalannya berkisar tentang Daerah Hulu Perak. Sebanyak 10 hadiah telah disediakan untuk pertandingan Kuiz berkenaan, di mana hadiah tersebut ditaja oleh Kelab Pejabat Tanah dan Daerah (PETANDA).


 

mesra_kota_tinggi

POKOK SENA, 25 JUN 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Pulau Pinang/Kedah/Perlis telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Dataran Sena, Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena, Kedah. Program ini adalah anjuran BPA bersama dengan Pejabat Daerah Pokok Sena, Kedah dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Bukhari bin Abdullah, Pegawai Daerah Pokok Sena

 

Program KABB ini turut diisi dengan sesi taklimat ringkas dari dua jabatan terpilih iaitu Bank Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan PUSPAKOM Negeri Kedah. Taklimat yang disampaikan adalah berkisar tentang fungsi dan peranan jabatan kepada hadirin tersebut dan telah disampaikan oleh Encik Quah Teik Huat dari Bank Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan Encik Abdul Aziz bin Berahim dari PUSPAKOM. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam, Dato’ Mahani Tan Abdullah.

 

Program ini telah berjaya merekodkan kehadiran seramai 423 orang dan sebanyak 49 aduan diterima. Sebanyak 35 agensi telah membuka kaunter pada kali ini dan 25 syor/nasihat telah diberikan. Secara keseluruhannya di antara agensi yang menerima aduan tertinggi ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

 

Aduan-aduan yang diterima adalah berkaitan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan, kelewatan atau tiada tindakan dan kekurangan kemudahan awam. Di akhir program, cabutan nombor bertuah telah diadakan, hadiah disampaikan oleh kakitangan Pejabat Daerah Pokok Sena, Kedah kepada hadirin yang bertuah.

 

mesra_kota_tinggi

ULU TIRAM, 22 JUN 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Dewan Balairaya Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Seramai 19 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB kali ini dan sebanyak 3 aduan direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Johor serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 

mesra_kota_tinggi

 

KOTA TINGGI, 14 JUN 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan Program MESRA Rakyat Daerah Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota TInggi, Johor. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Johor dengan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tuan Haji Norizan bin Kulop.

Sebanyak 18kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor. Selain menerima aduan, program MESRA turut mengadakan sesi dialog bersama jabatan dan agensi yang terlibat dengan penduduk setempat.

Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tuan Haji Norizan bin Kulop dan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat sangat menggalakkan. Seramai 480 orang pengunjung telah direkodkan hadir ke program ini yang terdiri daripada penduduk setempat, Badan Bukan Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat. Sebanyak 65 Aduan telah diterima dan direkodkan sepanjang program berlangsung.Kebanyakan pengunjung yang hadir berpuas hati dengan program MESRA Rakyat ini dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


phoca thumb m purple walk 2013 1

PORT DICKSON, 8 JUN 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Tempat Parkir Giant Superstore Lukut. Program ini adalah anjuran bersama BPA Melaka/Negeri Sembilan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Giant Superstore Lukut. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Tun Hairudin Bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

 

Sebanyak 27kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Kerja Raya Daerah Port Dickson dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Port Dickson. Selain menerima aduan, program KABB ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para pengunjung seperti khidmat nasihat dan pameran pendedahan informasi mengenai jabatan dan agensi yang terlibat.

Seramai 100 orang pengunjung telah menghadiri program ini dan sebanyak 33 Aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 
 

phoca thumb m purple walk 2013 1KOTA TINGGI, 14 JUN 2013Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

 Seramai 22 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB kali ini dan sebanyak 29 aduan direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Johor serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

Laman 7 daripada 8
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas