phoca_thumb_l_DSCN9365

Melaka, 16 Januari 2013 - Biro Pengaduan Awam Melaka/ Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri telah membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB) yang kedua bagi tahun 2013 pada 16 Januari 2013 bertempat di UiTM Alor Gajah, Melaka bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

 

Pembukaan kaunter KAB di lokasi ini dapat memberi peluang kepada warga UiTM Alor Gajah untuk membuat aduan/ pertanyaan atau mendapatkan khidmat nasihat. Seramai 3 orang kakitangan telah bertugas pada hari berkenaan. Seramai 11 orang telah mengunjungi kaunter BPA dan telah menerima sebanyak 6 aduan dan 5 bukan aduan.


phoca_thumb_l_KAB Gua Musang

 

GUA MUSANG, 10 JANUARI 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Terengganu/Kelantan telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Taman Wangsa Mewangi, Bandar Gua Musang, Kelantan. Program ini diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seramai 45 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB Taman Wangsa Mewangi sepanjang program berlangsung bagi mengenali dan memahami peranan BPA dengan lebih dekat.

Sebanyak empat aduan telah diterima dan 15 Khidmat Nasihat telah diberikan kepada pengunjung. Secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 

phoca_thumb_l_KAB Pasar Baki Serian 2

SERIAN, 9 JANUARI 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Lot Parkir, Pasar Baki, Serian. Program ini diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Seramai 55 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB Bako sepanjang program berlangsung dan kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Sarawak.

Sebanyak tujuh aduan diterima dan 13 khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung sepanjang program berlangsung. Secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

phoca_thumb_l_1

KENINGAU, 5 September 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sabah telah mengadakan Program MESRA Rakyat Daerah Keningau di Dewan Masyarakat Keningau. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Sabah dengan Pejabat Daerah Keningau. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nordin Siman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang mewakili YB Tan Sri Datuk Panglima Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

 

Sebanyak 28kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Selain menerima aduan, program MESRA turut mengadakan sesi dialog bersama jabatan dan agensi yang terlibat dengan penduduk setempat. Pengunjung juga turut didedahkan dengan peranan dan fungsi Biro Pengaduan Awam.

 

Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nordin Siman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat sangat menggalakkan. Seramai 380 orang pengunjung telah direkodkan hadir ke program ini yang terdiri daripada penduduk setempat, Badan Bukan Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat. Sebanyak 32 Aduan telah diterima dan direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

 

YBhg. Datuk Nordin Siman semasa menutup sesi dialog telah menekankan sekali lagi betapa pentingnya agensi-agensi kerajaan merasai denyutan nadi rakyat serta mengambil tindakan pantas dan proaktif bagi menyelesaikan aduan dan masalah orang ramai.

 

 

 

phoca_thumb_l_KABB Pasir Mas 2

RANTAU PANJANG, 29 Ogos 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Kelantan/Terengganu telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bertempat di hadapan Pasaraya MYDIN Rantau Panjang, Jajahan Pasir Mas Kelantan pada hari ini mulai jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Adnan bin Hussin, Ketua Jajahan Pasir Mas.

Program ini anjuran bersama BPA Negeri Terengganu/Kelantan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Sebanyak 14 agensi Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun telah membuka kaunter dalam program ini. Seramai 130 orang pengunjung telah menghadiri Program KABB ini dan sebanyak 27 kes aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

Selain perkhidmatan kaunter. agensi-agensi juga menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, memperbaharui kad pengenalan baru, pembayaran cukai tanah dan pendaftaran untuk orang kurang upaya (OKU).

phoca_thumb_l_IMG_8305

JERANTUT, 19 Jun (Bernama) -- Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang yang berlangsung di Dataran Majlis Daerah Jerantut hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung.

Penolong Pengarah BPA Pahang, Rosnani Ismail berkata sejumlah 20 kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyertai program itu, antaranya Tenaga Nasional Berhad, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut serta Jabatan Pendaftaran Negara Pahang.

"Program KABB ini merupakan satu daripada program proaktif BPA bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi kerajaan," katanya kepada Bernama.

Menurutnya program itu kali pertama diadakan di daerah ini dan sambutannya di luar jangkaan walaupun dijalankan pada waktu bekerja iaitu dari 8.30 pagi hingga 2 petang.

Katanya aduan yang diterima daripada orang ramai di setiap kaunter akan dikumpulkan selepas program itu berakhir petang ini dan diteliti satu persatu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Aduan yang boleh kita selesaikan di kaunter seperti memberikan khidmat nasihat dan sebagainya kita selesaikan hari ini juga, manakala aduan lain akan kita teliti dan perincikan," katanya.

 
 

phoca_thumb_l_IMG_3685

PUTRAJAYA: Sistem pengurusan aduan yang sistematik dan berkesan akan diwujudkan di semua kementerian menjelang Julai tahun depan untuk memastikan semua aduan awam dapat diselesaikan dengan cekap, adil dan berkesan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata sistem yang sistematik untuk merekodkan aduan yang diterima dan juga menyelesaikan dalam tempoh yang masa yang ditetapkan penting untuk memperkasa pengurusan aduan di setiap kementerian dan agensinya.

 

Beliau berkata Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai sebuah badan pemantau akan menyelaras dan memantau pengurusuan aduan di setiap kementerian sehingga tindakan penyelesaian wajar diambil.

 

"Sistem pengurusan aduan yang sistematik ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan aduan kementerian dan agensi dengan lebih berkesan dan setiap aduan tidak terlepas pandang atau tiada tindakan diambil.

 

"Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya pada satu sidang media selepas Seminar Pengurusan Aduan Bira Pengaduan Awam 2013 di sini Selasa.

 

Turut hadir Ketua Pengarah BPA Datuk Mahani Tan Abdullah, Ahli Lembaga Penasihat BPA Tan Sri Lee Lam Thye dan Datuk Siva Subramaniam Nagaratnam.

 

Untuk memastikan keberkesanan pemantauan oleh BPA, Low berkata semua ketua setiausaha kementerian dan setiausaha kerajaan negeri akan mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengurusan Aduan masing-masing dan ia akan dilaporkan kepada kerajaan dari semasa ke semasa mulai tahun depan.

 

"Pewujudan KPI khusus ini bukan bertujuan untuk menghukum sebaliknya ia adalah bukti komitmen agensi sektor awam untuk memastikan aduan diurus dengan cepat, tepat dan berintegriti," katanya.

 

Sementara itu, Low menyeru semua agensi kerajaan agar mengubah persepsi bahawa aduan merupakan satu gangguan perkhidmatan. "Aduan perlu dilihat sebagai satu peluang kepada agensi untuk menilai semua modus operandi yang sedia ada berdasarkan aduan yang diterima," katanya.

 

Sementara itu, Mahani berkata sehingga 18 September tahun ini, BPA telah menerima 7,432 aduan dengan 6,475 aduan diselesaikan dan 957 aduan masih dalam tindakan.

 

Pada tahun lepas, beliau berkata BPA menerima 12,546 aduan berbanding 13,356 aduan pada tahun sebelumnya.

 

"Lebih 50 peratus aduan yang diterima BPA adalah mengenai isu kelewatan dan tiada tindakan atau maklum balas dari kementerian atau agensi berkaitan," katanya.

 

Pada majlis yang sama, BPA turut menyampaikan sijil penghargaan Pengurusan Aduan Tahun 2012 kepada 20 kementerian dan pejabat setiausaha kerajaan negeri.

 

Mahani berkata melalui inisiatif ini, penerima pengiktirafan akan menjadi ikutan kepada semua agensi sektor awam untuk meningkatkan usaha ke arah pengurusan yang mantap. - BERNAMA

 


phoca_thumb_l_pic 2 

PUTRAJAYA, 23 Ogos - Biro Pengaduan Awam (BPA) hari ini memperkenalkan kiosk BPA sebagai alternatif kepada orang ramai membuat aduan, selain dapat mengakses pelbagai maklumat lain.

Ketua Pengarah BPA Dato’ Mahani Tan Abdullah berkata untuk permulaan, kiosk itu akan ditempatkan di Pusat Transformasi Bandar di Melaka, Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.


Kiosk BPA akan beroperasi 24 jam, yang membolehkan orang ramai mendapat maklumat mengenai BPA, melapor aduan kepada agensi awam serta menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian melibatkan beberapa agensi.

"Perkhidmatan lain yang disediakan antaranya semakan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, permohonan pinjaman dan semakan penyata baki Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan status permohonan pembantu rumah melalui MyOnline Permit," katanya.

Selain itu orang ramai boleh mengakses status penajaan dan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, semakan harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, semakan program pra-universiti Kementerian Pendidikan dan semakan status pendaftaran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada perhimpunan bulanan dan majlis pelancaran kiosk BPA yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Senator Paul Low Seng Kuan, di sini hari ini.

Penggunaan kiosk itu juga diharap dapat meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat.

Sementara itu sehingga 15 Ogos lepas, sebanyak 3,612 atau 87.5 peratus aduan melibatkan pelbagai kementerian berjaya diselesaikan daripada 4,128 jumlah keseluruhan aduan yang diterima.

Bagi peringkat negeri, BPA menerima 2,473 aduan dengan 2,087 atau 84.4 peratus daripadanya dapat diselesaikan.

phoca_thumb_l_Jab_perumahan_negara

 

8 Ogos 2013, Putrajaya - Sebuah kunjungan hormat telah diadakan oleh BPA ke Jabatan Perumahan Negara (JPN) bertempat di Presint 4. Delegasi BPA diketuai oleh YBrs. Puan Anis Rizana Mohd. Zainudin, Timbalan Ketua Pengarah BPA. Beliau turut diiringi oleh Encik Wan Zulkiffeli bin Wan Hassan , Encik Mohd Asri bin Mohamed selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan, serta Encik Go Kah Chong, Penolong Pengarah Aduan BPA. Kunjungan hormat BPA ini telah disambut baik oleh YBrs. Tuan Kang Ban Aik, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN. Beliau turut mempengerusikan sesi taklimat dan perbincangan yang turut dihadiri oleh semua Ketua Bahagian yang berkaitan.

Perbincangan berhubung dengan pengurusan aduan di JPN telah dikupas di samping membincangkan isu rumah terbengkalai dan cadangan penambahbaikan untuk memastikan hak pembeli rumah terbela. BPA berharap agar kunjungan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama di antara BPA dan Jabatan Perumahan Negara khususnya di dalam pengurusan aduan awam.


 

 

phoca_thumb_l_pos_malaysia

1 Ogos 2013, Kuala Lumpur - BPA telah mengadakan sebuah kunjungan hormat ke Pos Malaysia Berhad di Kompleks Dayabumi. Kunjungan hormat ini diadakan sebagai inisiatif serampang dua mata dalam mengeratkan hubungan di antara dua organisasi serta mengadakan kerjasama strategik dalam menjenamakan serta meningkatkan akses orang ramai kepada BPA.

 

Delegasi BPA telah diterajui oleh YBrs. Puan Anis Rizana Mohd. Zainudin, Timbalan Ketua Pengarah Aduan BPA. Beliau turut diiringi oleh Encik Mohd Asri bin Mohamed selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan, Puan Rosmawati, Encik Asrul Nizwan, Encik G. Sivaneswaran, serta Puan Noor Idayu selaku wakil Unit Komunikasi Korporat.

 

Kunjungan hormat BPA ini telah disambut baik oleh Puan Norlailee Abedol Ghani selaku Pengurus Khidmat Pelanggan. Beliau turut mempengerusikan sesi taklimat dan perbincangan yang turut dihadiri oleh wakil-wakil lain dari Pos Malaysia.

Delegasi BPA juga telah dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik bagi melihat dengan lebih dekat lagi operasi Pos Malaysia di sini.

 

 
Laman 6 daripada 8
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas