phoca_thumb_l_KAB Oya2

 

OYA, 7 Februari 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah mengadakan program KAB di hadapan Dewan Masyarakat Oya, Mukah bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

 

Program ini berjaya menarik sebanyak 20 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk kampung sekitar pekan Oya. Kebanyakkan penduduk kampung masih belum mengetahui tentang kewujudan BPA dan mereka diberi penjelasan mengenai fungsi serta peranan BPA sebagai badan yang menguruskan aduan.

 

Sepanjang program berlangsung, sebanyak 4 aduan dan 3 bukan aduan termasuk cadangan untuk menambahbaik kemudahan penduduk kampung di pekan Oya. Selain itu, sebanyak 8 khidmat nasihat telah diberi kepada pengunjung yang hadir.


 

 

phoca_thumb_l_KAB Matu

MATU, 6 Februari 2013 Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) bersebelahan Majlis Daerah Matu di pekan kecil Matu, Mukah. Program ini diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari ini.

 

Sepanjang program dijalankan, sebanyak 10 khidmat nasihat dan dianggarkan seramai 56 orang pengunjung telah hadir ke kaunter aduan di pekan kecil Matu, Mukah. Pengunjung yang hadir diberi penjelasan mengenai fungsi dan cara untuk membuat aduan termasuk penerangan kategori aduan yang boleh diadu.

Antara isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat adalah mengenai kekurangan kemudahan awam dan keperluan untuk menaik taraf tempat serta perkhidmatan seperti klinik kesihatan dan pasar utama di pekan Matu.

Secara keseluruhannya, sebanyak 11 aduan dan 3 bukan aduan termasuk cadangan telah direkod sepanjang pembukaan kaunter aduan di pekan kecil Matu, Mukah.

phoca_thumb_l_Mesra Dungun4

DUNGUN, 1 Oktober 2013 - Program Mesra Rakyat Dungun telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Program anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Terengganu/Kelantan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Johan bin Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

 

Program MESRA Rakyat yang diadakan sekali setiap tahun ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan sebarang aduan atau permasalahan secara terus kepada Ketua Jabatan Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat. Sebanyak 19 Jabatan dan Agensi Kerajaan terlibat dalam Program Mesra Rakyat kali ini di mana Ketua-ketua Jabatan terbabit telah menjadi ahli panel semasa sesi Perkongsian Pendapat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Johan bin Ibrahim.

 

Program yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi ini telah berjaya menarik perhatian lebih daripada 700 orang pengunjung dan sebanyak 40 kes aduan daripada 18 orang pengadu telah berjaya direkodkan sepanjang berlangsungnya sesi Perkongsian Pendapat semasa Program Mesra Rakyat ini.

 

 

Pada masa yang sama, BPA Terengganu/Kelantan turut membuka Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Dataran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Terengganu. Sebanyak 12 agensi dan jabatan kerajaan dijemput untuk bersama-sama membuka kaunter aduan dan pameran untuk program KABB ini yang diadakan sempena Program Mesra Rakyat kali ini. Seramai 100 orang pengunjung telah hadir dan sebanyak 9 kes dan 35 khidmat nasihat telah direkodkan semasa Program KABB dan menjadikan keseluruhan kes yang diterima di Program Mesra Rakyat dan KABB Dungun adalah sebanyak 49 kes.

 

phoca_thumb_l_KAB Daro

DARO, 5 Febuari 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di hadapan Bank Rakyat, pekan Daro, Mukah.

Sepanjang program dijalankan, sebanyak 40 khidmat nasihat dan dianggarkan seramai 200 orang pengunjung telah mengunjungi program KAB di pekan kecil Daro, Mukah. Pengunjung yang hadir turut didedahkan dengan kaedah membuat aduan dan skop aduan yang diuruskan oleh BPA. Sambutan pengunjung yang diterima amat memberangsangkan dan operasi kaunter turut dipanjangkan sehingga jam 2.30 petang.

Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh penduduk Daro adalah kelewatan menerima bantuan kebajikan serta ketiadaan kemudahan bekalan air paip. Secara keseluruhannya, sebanyak 75 aduan dan 2 bukan aduan termasuk cadangan telah direkod sepanjang pembukaan kaunter aduan di pekan kecil Daro, Mukah.


 

phoca_thumb_l_DSCN9465

REMBAU, 1 FEBRUARI 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di FRESCO, Rembau. Program ini diadakan bermula jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.

 

Program ini juga secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA. Seramai 10 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB FRESCO dan tiada aduan direkodkan sepanjang program berlangsung.


 

phoca_thumb_l_20130131_130801_resized

DONGGONGON – 31 Januari 2013 (Khamis).Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) BPA Sabah telah diadakan di perkarangan Tamu Bandar Donggongon, Penampang bersamaan dengan hari tamu daerah tersebut.

Sempena Program KAB tersebut, BPA Sabah telah membuka kaunter dari jam 8.00 pagi sehingga lebih kurang jam 3.00 petang.

Pada keseluruhannya kaunter BPA Negeri Sabah telah dikunjungi 42 orang pengunjung yang ingin mengenali BPA secara lebih dekat lagi dan sebanyak 3 aduan telah direkodkan dan 24 khidmat nasihat telah diberikan.

 


 

 

phoca_thumb_l_DSCN9435

JASIN, 23 JANUARI 2013 - Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan telah membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Japerun Sungai Rambai, Jasin, Melaka. Program ini diadakan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

 

 

Pembukaan kaunter KAB ini dapat memberi peluang kepada penduduk setempat untuk membuat aduan/pertanyaan serta mendapatkan khidmat nasihat. Seramai 50 orang telah mengunjungi kaunter ini dan 1 aduan telah diterima sepanjang program berlangsung.

 

phoca_thumb_l_KAB Gedong Simunjan 1

GEDONG, 22 JANUARI 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di hadapan Dewan Masyarakat Gedong, Simunjan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 2.15 petang.

 

 

Sepanjang program dijalankan, sebanyak 16 khidmat nasihat dan seramai 55 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter aduan BPA. Pengunjung juga diberi penjelasan mengenai peranan BPA serta didedahkan dengan kaedah membuat aduan dan skop aduan yang diuruskan oleh BPA. Kebanyakkan isu yang dikemukakan oleh pengunjung adalah berkaitan kebajikan serta kekurangan kemudahan awam seperti ketiadaan bekalan elektrik dan sistem perparitan yang tidak teratur.

 

Secara keseluruhannya, sebanyak 40 aduan dan 7 bukan aduan termasuk cadangan serta pertanyaan telah direkod sepanjang pembukaan kaunter aduan ini.

 

phoca_thumb_l_KAB Putatan 2

PUTATAN, 27 Januari 2013 Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sabah telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di hadapan Servay Hypermarket, Pekan Putatan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

 

Sepanjang program berlangsung, kaunter BPA Negeri Sabah telah dikunjungi seramai 30 orang dan satu aduan telah direkodkan manakala selebihnya adalah khidmat nasihat. Beberapa isu yang ditimbulkan oleh pengunjung yang hadir adalah berkaitan dengan sekolah, masalah penyelenggaraan jalan raya serta pembayaran gaji. Selain itu, para pengunjung turut diberikan penerangan mengenai fungsi BPA termasuklah cara dan saluran untuk mengemukakan aduan kepada BPA.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

phoca_thumb_l_KAB Jalan Banggol KTganu

KUALA TERENGGANU, 17 JANUARI 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Terengganu/Kelantan telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Jalan Banggol, Kuala Terengganu. Program ini diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

 

Seramai 80 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB Jalan Banggol, Kuala Terengganu sepanjang program berlangsung bagi mengenali dan memahami peranan BPA dengan lebih dekat.

 

 

Sebanyak 15 Khidmat Nasihat telah diberikan dan satu aduan telah diterima sepanjang program berlangsung. Secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

Laman 5 daripada 8
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas