phoca_thumb_l_kabb_shah_alam_1

 

SHAH ALAM, 19-20 Oktober 2013 – Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Ruang Legar PKNS, Shah Alam Gombak mulai jam 7.30 pagi hingga 10.00 malam dengan kerjasama Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Sebanyak 14 Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri serta swasta turut sertadalam pembukaan kaunter termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Bantuan Guaman, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor, serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Daerah Klang. Selain program kaunter aduan, terdapat pelbagai aktiviti lain yang menarik perhatian pengunjung turut diadakan seperti Pameran Inovasi Pentadbiran SUK Selangor, Persembahan Artis Kerajaan Negeri, Kuiz dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Bawah 12 tahun serta perkhidmatan Karikatur.

 

Program KABB selama dua (2) hari ini berjaya menarik perhatian lebih kurang 754 orang pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan serta orang awam.

Objektif utama program ini yang bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat di Shah Alam dan kawasan sekitar Lembah Klang untuk menyuarakan segala pandangan, cadangan dan aduan terhadap agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeritercapai memandangkan hampir semua kaunter telah dikunjungi orang ramai. Jumlah keseluruhan aduan yang diterima adalah sebanyak 11 kes dan 102 kes bukan aduan telah direkodkan.Aduan yang dikemukakan oleh masyarakat di Shah Alam adalah tertumpu pada perkhidmatan agensi kerajaan, keadaan infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik serta isu penguatkuasaan.

Melalui program KABB ini, penduduk setempat secara langsung didedahkan dengan peranan dan fungsi agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri melalui pameran, edaran brosur, khidmat nasihat dan makluman secara interaktif.a

phoca_thumb_l_KABB_gombak_2

GOMBAK, 12 Oktober 2013 – Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Kompleks Muhibah, Taman Boltan, Gombak mulai jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang dengan kerjasama dari Rukun Tetangga Kampung Tengah Lembah Gombak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Program KABB ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shamsun Baharin bin Mohd Jamil, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sebanyak 13 Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri serta swasta turut sertadalam pembukaan kaunter semasa program ini. Antara Jabatan/Agensi yang turut terlibat adalah iaitu Jabatan Kerja Raya Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, RELA Negeri Selangor, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor, serta Pos Malaysia. Di samping itu, pemeriksaan kesihatan juga disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti ceramah oleh SPRM, JAIS dan BPA serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Perkhidmatan pejabat pos bergerak juga disediakan untuk kemudahan orang ramai di sekitar daerah ini.

Program KABB ini berjaya menarik perhatian lebih kurang 250 orang pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan serta orang awam.

Objektif utama program ini yang bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat di Daerah Gombak untuk menyuarakan segala pandangan, cadangan dan aduan terhadap agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeritercapai memandangkan hampir semua kaunter telah dikunjungi orang ramai. Jumlah keseluruhan aduan yang diterima adalah sebanyak 4 kes dan 25 kes bukan aduan telah direkodkan.Aduan yang dikemukakan oleh masyarakat di Daerah Gombak adalah tertumpu kepada keadaan infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik, isu penguatkuasaan dan perkhidmatan yang lambat.

Melalui program KABB ini, penduduk setempat secara langsung didedahkan dengan peranan dan fungsi agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri melalui pameran, edaran brosur, khidmat nasihat dan makluman secara interaktif.

 

phoca_thumb_l_KABB Membakut12

JOHOR BHARU, 28 September 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Ruang Legar Pasaraya @Mart Kempas, Johor Bahru, Johor. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Johor dengan kerjasama kerjasama pihak Pasaraya @Mart Kempas, Johor Bahru telah berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 5.30 petang.

 

Sebanyak 15kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Selain menerima aduan, program KABB ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para pengunjung seperti khidmat nasihat dan pameran pendedahan informasi mengenai jabatan dan agensi yang terlibat.

Seramai 218 orang pengunjung telah menghadiri program ini dan sebanyak 9 Aduan dan 3Bukan Aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.Pengunjung yang hadir ke program ini turut mencadangkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang dan diadakan di lokasi tumpuan orang ramai bagi memberi peluang lebih ramai orang menyertai program ini.

phoca_thumb_l_perhimpunanpagi_9_okt_2

PUTRAJAYA, 9 Oktober 2013 – Warga BPA diingatkan agar mematuhi etika kerja yang telah ditetapkan supaya kualiti kerja dan imej organisasi dapat ditingkatkan, kata Dato’ Mahani Tan Abdullah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam semasa Perhimpunan Bulanan BPA bagi Bulan Oktober hari ini.

 

Warga BPA juga disaran untuk terus berusaha mencipta inovasi dengan meningkatkan kemahiran dan keberanian berfikir di luar kotak dan melahirkan idea-idea yang unik. Ini adalah kerana inovasi pemangkin perdana transformasi. Merujuk kepada ucapan Ketua Setiausaha Negara semasa merasmikan Majlis Inovasi Sektor Awam (AISA) 2013 pada 1 Oktober yang lalu, Dato’ Mahani berkata sejarah telah membuktikan hanya mereka yang berani mencabar status quo dapat mencapai kecemerlangan yang luar biasa. Untuk itu, pengurusan tertinggi BPA sentiasa bersedia menerima dan mempertimbangkan sebarang cadangan membina daripada warga BPA untuk menghasilkan evolusi dalam penyampaian perkhidmatan kepada stake-holders.

Dato’ Mahani turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua warga BPA yang terlibat dalam menjayakan Seminar Pengurusan Aduan BPA Tahun 2013 pada 24 September yang lalu. Tanpa kerjasama dan komitmen dari semua pihak, seminar ini tidak akan berjaya dilaksanakan. Beliau juga berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Akhir kata, Dato’ Mahani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga BPA yang beragama Islam dan menasihatkan kepada semua agar berhati-hati semasa memandu supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

Satu sesi perkongsian ilmu turut diadakan semasa perhimpunan kali ini. Encik Paramjothy dari BPA Selangor telah menyampaikan taklimat dengan tajuk “Disney’s Approach to Quality Service”. Taklimat ini adalah mengenai bagaimana Disney menggunakan kemahiran untuk memuaskan hati pelanggan serta memikat pelanggan untuk kembali ke taman tema mereka. Perkongsian ilmu ini juga turut memberi penekanan tentang pentingnya kemahiran berkomunikasi agar semua pihak mendapat manafaatnya.

 

 

phoca_thumb_l_capam3

KUCHING – Encik Zulkifli bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah BPA telah menghadiri Forum Serantau Persatuan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) mulai 27 hingga 30 Oktober 2013 di Hotel Pullman. Forum Serantau ini adalah anjuran bersama Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan CAPAM. Seramai 350 peserta menghadiri forum ini yang terdiri daripada ahli-ahli CAPAM, pegawai-pegawai kanan jabatan/agensi Persekutuan dan Negeri.

 

 

Objectif forum serantau yang bertemakan “Strategic Management: Enchancing Service Delivery through Accountable and Responsive Pubilc Service” adalah bertujuan agar para peserta dapat bertukar maklumat serta pengetahuan mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara-negara Komanwel dan Negara-negara lain.

 

phoca_thumb_l_iran2

TEHRAN, 14 Oktober 2013 - Persidangan Asian Ombudsman  Association (AOA) kali 13 telah diadakan di Tehran, Iran dari 7 ke 10 Oktober 2013. Persidangan dua kali setahun ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara ahli-ahli AOA selain bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman  dalam strategi dan operasi organisasi masing-masing dalam melindungi hak rakyat. Persidangan kali ke 13 di Tehran ini bertemakan “Unity for a new approach” dianjurkan oleh General Inspection Organisation Judicial Branches dari Iran.

4 sub tema telah dibentangkan dalam 4 sesi plenary yang dijalankan selama 2 hari dan sesi pameran, Mesyuarat Lembaga Pengarah dan General Assembly turut diadakan sepanjang program berlangsung. Malaysia adalah ahli dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang dipilih bagi tempoh selama 4 tahun hingga 2015. Persidangan kali ini telah dihadiri Encik Mohd Nazri Ismail dari Bahagian Pengurusan Aduan, Biro Pengaduan Awam.

AOA dianggotai oleh 27 ahli daripada 17 negara dan ditadbir oleh sembilan anggota Lembaga Pengarah. Pada persidangan kali ini, semua usul yang dibawa oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah telah diterima tanpa bantahan. Persidangan kali ini turut dimaklumkan dengan penawaran Korea Selatan dan Pakistan sebagai tuan rumah untuk persidangan AOA Kali ke 14 dan mesyuarat memutuskan sekiranya tiada tawaran diterima daripada Korea Selatan selepas 3 bulan dari tarikh mesyuarat, maka Pakistan secara automatik akan menjadi tuan rumah persidangan AOA tahun 2014.

 

phoca_thumb_l_kunjunghormat2

PUTRAJAYA - 16 OKTOBER 2013 (RABU) – Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam (BPA) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara pada hari ini bertempat di Bangunan Perdana Putra.

 

 

Delegasi ini telah diketuai oleh YBhg. Tan Sri Abdul Halim Bin Ali selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BPA serta YBhg. Dato’ N Sivasubramaniam dan YBhg. Datuk Dr. N Marimuthu selaku Ahli Lembaga Penasihat BPA.

 

 

Selain itu, Ketua Pengarah BPA, YBhg. Dato’ Mahani Tan Abdullah juga turut menyertai kunjungan hormat ini di samping Puan Anis Rizana Mohd. Zainuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) BPA dan Tuan Haji Nik Abd. Rashid Nik Mohamad, Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan BPA.

 

 

 

Kunjungan hormat ini adalah bagi memaklumkan kepada YBhg. Tan Sri KSN berhubung aspirasi dan halatuju baharu BPA di mana peranan BPA sedia ada akan berubah menjadi sebuah agensi pemantau pengurusan aduan yang lebih efektif dan perlu diperkasakan untuk memainkan peranan yang lebih aktif terutamanya dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

 

phoca_thumb_l_sarawak2

SARAWAK, 19 Oktober 2013 - Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sarawak telah berjaya menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bertempat di Dewan Serbaguna Sibu Jaya, Bahagian Sibu mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

 

Sebanyak 22 jabatan/agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak telah turut serta dalam pembukaan kaunter dan pameran yang terdiri daripada Unit Pemodenan Perkhidmatan Dan Kualiti (UPPQ), Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Sibu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, Jabatan Imigresen Malaysia Daerah Sibu, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Cawangan Sibu, Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Pejabat KPDNKK Cawangan Sibu, Agensi Antidadah Kebangsaan dan banyak lagi. Dianggarkan seramai 170 orang pengunjung yang telah hadir ke program KABB Sibu Jaya ini yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Masyarakat, pemimpin persatuan serta orang awam.

 

 

Aktiviti sampingan oleh jabatan/agensi lain yang terlibat adalah seperti pameran-pameran perkhidmatan jabatan/agensi, promosi jualan produk FAMA, promosi Tahun Melawat Malaysia 2014, penjualan kraf tangan, penjualan barangan Ulang Tahun Sarawak ke-50 Tahun, pembayaran bil telekomunikasi dan permohonan bantuan.

 

 

Objektif utama program ini yang bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat di Daerah Sibu Jaya untuk menyuarakan segala pandangan, cadangan dan aduan terhadap agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tercapai memandangkan hampir semua kaunter telah dikunjungi orang ramai.

 

 

Jumlah keseluruhan aduan yang diterima adalah sebanyak 21 kes aduan, 8 cadangan dan 4 pertanyaan telah direkodkan. Aduan yang dikemukakan oleh masyarakat di Daerah Sibu Jaya adalah tertumpu kepada isu bekalan elektrik dan jalan raya yang rosak.

 

 


 

 

phoca_thumb_l_IMG_5578

30 Ogos 2013, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ketua Pengarah BPA pada hari ini telah menyempurnakan Pelancaran Pelaksanaan Amalan 5S BPA bertempat di Sudut 5S Ibu Pejabat BPA. Sesi pelancaran ini adalah sebagai simbolik rasmi pelaksanaan amalan 5S di BPA.

Kehadiran pengurusan tertinggi BPA termasuk YBrs. Puan Anis Rizana Mohd. Zainudin @ Mohd. Zainuddin (TKPA) serta YBrs. Encik Zulkifli Hamzah (TKPP) serta warga BPA Putrajaya telah memeriahkan sesi pelancaran ini sekaligus sebagai tanda sokongan pelaksanaan aktiviti ini.

Pelancaran ini akan diikuti oleh aktiviti SISIH dan SUSUN di zon masing-masing. Kerjasama serta komitmen semua warga BPA dalam pelaksanaan 5s ini amat penting di dalam memastikan BPA berjaya mencapai matlamat persijilan 5S. Aktiviti 5S akan dilaksanakan secara mingguan iaitu pada setiap hari Jumaat mulai jam 2.45 petang sehingga BPA telah bersedia untuk pengauditan oleh pihak MAMPU, selaku badan pensijilan 5S.

 

Date :   26 Oktober 2013 (Sabtu)
Time:   8.00 pg – 10.00 mlm
Venue : Aras 2, UTC Kuala Lumpur
Laman 4 daripada 8
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas