phoca_thumb_l_pos_malaysia

SARIKEI, 23 JANUARI 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Pasar Nelayan Belawai, Sarawak bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

 

Seramai 30 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB di Belawai dan kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Sarawak.

Sebanyak 3 aduan diterima dan 11 bukan aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 
 

phoca_thumb_l_4

MUKAH, 22 JANUARI 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Tapak Pasar Igan, Mukah bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

 

Seramai 20 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB di Belawai dan kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Sarawak.

Sebanyak 3 aduan diterima dan 2 cadangan telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 

phoca_thumb_l_IMG_5583

 13 Disember 2013- PUTRAJAYA- Sebuah taklimat berhubung dengan Garis Panduan Pengurusan Aduan Awam telah disampaikan oleh Puan Anis Rizana, Timbalan Ketua Pengarah Aduan BPA bertempat di Bilik Persidangan, Aras 29, KKLW, Presint 4.

 

Delegasi BPA telah dijemput khas bagi menyampaikan sesi taklimat ini oleh Unit Komunikasi Korporat. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Antara pegawai BPA yang turut hadir adalah Ci Priya Darisini, Penolong Pengarah Unit Inovasi 1, Puan Salina Taharim, Penyelaras Aduan Unit Aduan 5, dan Puan Noor Idayu binti Yeop Husin, Pegawai Perhubungan Awam, BPA.

 

Sesi taklimat ini telah diadakan bersekali dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan (JKTPA) KKLW yang telah dihadiri lebih daripada 35 orang pegawai aduan daripada setiap bahagian dan agensi di bawah KKLW. KKLW turut membentangkan berhubung dengan Laporan Aduan KKLW termasuk trend analisis bagi beberapa tahun kebelakangan.

 

Puan Anis Rizana yang mewakilI BPA sebagai jemputan khas pada sesi ini telah membentangkan dengan lebih lanjut berhubung Garis Panduan ini serta menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin. Beliau juga memaklumkan berhubung benchmark yang dirujuk oleh BPA daripada Negara Thailand dan Australia berhubung kaedah pengendalian pengadu tidak munasabah.

Antara agensi di bawah KKLW yang turut hadir dalam sesi ini termasuklah pegawai aduan daripada MARA, RISDA, FELCRA, KEMAS, KESEDAR dan banyak lagi.

phoca_thumb_l_IMG_4342

KAMPAR, 12 Disember 2013 – Biro Pengaduan Awam Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar, Perak telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Gopeng Square, Gopeng, Perak mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Program KABB ini diadakan bertujuan untuk memudahkan orang awam membuat aduan, memberi peluang kepada orang awam untuk mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan agensi-agensi Kerajaan secara terus terhadap agensi-agensi yang berkenaan serta memberi penerangan mengenai fungsi, peranan dan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi Kerajaan.

 

Program ini telah dirasmikan oleh YB Puan Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohd Radzi, ADUN Tualang Sekah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Perak dan turut dihadiri oleh Puan Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam dan YBhg. Dato’ Haji Ismail Hassan, Pegawai Daerah dan Tanah Kampar. Sebanyak 22 Jabatan/Agensi Persekutuan, Negeri serta swasta telah mengambil bahagiandalam program ini.

Sebanyak 35 kes aduan telah direkodkanterhadap agensi kerajaan yang berpusat di Kampar. Pertandingan Kaunter Aduan dan Pameran Terbaik turut diadakan dan telah dimenangi oleh Majlis Daerah Kampar sebagai juara, diikuti tempat kedua oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kampar, manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Kampar, Perak. Beberapa aktiviti sampingan turut diadakan bagi menarik orang ramai hadir ke program KABB ini. Antaranya adalah Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

 

 

Program KABB kali ini telah berjaya menarik 250 orang pengunjung yang terdiri daripada orang awam, wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan serta wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di daerah Kampar. YB Puan Nolee Ashilin berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang masyarakat setempat untuk membuat aduan serta mendapatkan khidmat nasihat daripada jabatan/agensi kerajaan.    

 

phoca_thumb_l_IMG_4043

JAWI, 11 Disember 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pulau Pinang/Kedah/Perlis telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Pulau Pinang/Kedah/Perlis dan Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

 

Sebanyak 30kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Selain menerima aduan, program KABB ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para pengunjung seperti khidmat nasihat dan pameran pendedahan informasi mengenai jabatan dan agensi yang terlibat.

 

 

Seramai 322 orang pengunjung telah menghadiri program ini dan sebanyak 8 Aduan dan 35 Khidmat Nasihat telah direkodkan sepanjang program berlangsung.Pengunjung yang hadir ke program ini turut mencadangkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang dan diadakan di lokasi tumpuan orang ramai bagi memberi peluang lebih ramai orang menyertai program ini.

 

 

phoca_thumb_l_DSCN6923[1]

JOHOR BAHRU, 13 Disember 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Ruang Legar Pasaraya Kipmart Tampoi, Johor Bahru, Johor bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang hari ini.

 

Seramai 10 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB pada kali ini dan tiada aduan direkodkan. Kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Johor serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 

PUTRAJAYA, 17 Disember 2013 – YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, hari ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Borang Aduan BPA Di Pos Malaysia bertempat di Blok B1, Kompleks JPM.

 

Pos Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Mearia Hamzah, Ketua Pegawai Operasi, One-Stop Solutions (OSS)

Pos Malaysia Berhad. Majlis ini telah dihadiri lebih daripada 120 orang yang terdiri       daripada pegawai-pegawai daripada Pos Malaysia dan BPA sendiri selain daripada kehadiran media.

 

YB Menteri dalam ucapan pelancarannya telah mengucapkan tahniah kepada BPA dan Pos Malaysia yang telah berjaya merealisasikan kerjasama strategik berteraskan budaya National Blue Ocean Strategy (NBOS) ini.

 

Kerjasama strategik BPA bersama Pos Malaysia ini merupakan inisiatif bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir, dengan membekalkan borang aduan ke 300 Pejabat Pos Luar Bandar dan Pos Mini yang terpilih.

 

Kini orang ramai khususnya di lokasi 300 Pejabat Pos dan Pos Mini yang terpilih boleh menyalurkan aduan melalui borang aduan BPA tanpa bayaran setem.

 

Usaha ini dilaksanakan BPA selaras dengan saranan YBhg. Tan Sri KSN dalam meningkatkan usaha merakyatkan perkhidmatan awam. Semoga usaha ini memberi persepsi positif rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang padu tanpa sempadan. Melalui usaha ini juga, BPA akan lebih memperluaskan peranan sebagai pemantau aduan sektor awam.

 

phoca_thumb_l_2

MELAKA, 15 November 2013 - Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah mengadakan Program Mesra Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Melaka Tengah, bertempat di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Melaka.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Roslan Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Bandaraya Melaka Bersejarah. Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainal Abu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Yang Dihormati Puan Sapiah Haron, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, YBrs. Tuan Zulkifli Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, serta YBhg. Encik Mohd Faisal Rahman, Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Negeri Melaka/Negeri Sembilan.

YBrs. Tuan Zulkifli Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya telah menyampaikan ucapan alu-aluan manakala perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Roslan Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

 

 

Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi/jabatan kerajaan di Daerah Melaka Tengah dan agensi kerajaan Negeri Melaka yang mana sebanyak 25 agensi/jabatan kerajaan telah terlibat membuka kaunter aduan/perkhidmatan/pameran. Antara agensi/jabatan lain yang terlibat adalah Bahagian Komunikasi Koporat, SUK Melaka, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka, Jabatan Kerja Raya Melaka, Jabatan Kesihatan Melaka, Jabatan Pendidikan Melaka, Jabatan Pengangkutan Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka, Lembaga Hasil Dalam Negeri Melaka, Kumpulan Wang Simpanan Perkerja Melaka, Indah Water Konsortium Melaka, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Melaka dan banyak lagi.

 

 Kehadiran orang ramai sepanjang program ini amat menggalakkan iaitu seramai 398 orang telah hadir ke program ini dan sebanyak 21 aduan telah diterima dan direkodkan oleh agensi kerajaan yang mengambil bahagian sepanjang tempoh program tersebut diadakan.

 

Zulkifli Hamzah, Deputy Director-General (Management) Public Complaints Bureau delivered the opening address while the programmes were officiated by Datuk Roslan Bin Ibrahim, Melaka’s Deputy State Secretary.

The programmes managed to garner full support from government agencies/departments in Melaka Central District and also the Melaka State government agencies whereby a total of 25 agencies/departments took part in opening their complaints/service/exhibition counters. Interestingly noticeable were agencies/departments from Melaka State Secretary Communication & Corporate Division, Pejabat Pengarah, Melaka Land and Mines Director Office, Central Melaka District and Land Office, Melaka Municipal Council, Melaka Police Headquarters Contingent, Melaka,Public Works Department, Melaka Health Department, Melaka Education Office, Melaka Road Transport Department, Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka’s Inland Revenue, Melaka Employees Provident Fund, Indah Water Konsortium Melaka, Solid Waste & Public Cleansing management Corporation Melaka and several others.

The programmes managed to lure a crowd of 398 visitors which encompassed those representatives from the various State and Federal Government agencies, NGOs and the general public.

 

phoca_thumb_l_IMG_6504

PUTRAJAYA, 23 Oktober 2013 – Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Puan Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin telah menyampaikan taklimat berkenaan Penambahbaikan Pengurusan Aduan di Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini. Taklimat ini diberikan kepada semua Pegawai Penyelaras Aduan KPM meliputi semua Pegawai Penyelaras Aduan di Bahagian/Jabatan/Agesni di bawah KPM.

 

 Taklimat anjuran Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai garis panduan pengurusan aduan awam baharu serta penambahbaikan pekeliling am berkaitan pengurusan aduan.

 

Taklimat ini juga adalah lanjutan daripada Seminar Pengurusan Aduan Biro Pengaduan Awam Tahun 2013 yang telah diadakan pada 24 September yang lalu. Kebanyakkan peserta taklimat dilihat teruja untuk mendalami dan memahami peranan baharu BPA dalam mengurus aduan. Pelbagai pertanyaan dan masalah dalam pengurusan aduan dibangkitkan dalam sesi soal jawab. Justeru, seminar ini dilihat mampu menambah pengetahuan Pegawai Penyelaras Aduan KPM dalam pengurusan aduan selaras dengan halatuju baharu BPA serta pekeliling am berkaitan pengurusan aduan.

 

 

phoca_thumb_l_IMG_6676

PUTRAJAYA – 8 NOVEMBER 2013 – BPA Putrajaya hari ini telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah, Jabatan Ketua Menteri yang diketuai oleh Tuan Haji Jamil bin Atan selaku Pengarah organisasi tersebut. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendalami kaedah pengurusan aduan yang diamalkan di BPA selain bertukar-tukar pandangan berhubung dengan pengurusan aduan yang mampan di Negara ini.

 

Delegasi seramai 6 orang ini turut disertai oleh Encik Edirs Maidin selaku Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah bersama pegawai-pegawai beliau. Puan Anis Rizana selaku Timbalan Ketua Pengarah Aduan BPA telah menyambut baik kunjungan ini di samping pegawai-pegawai kanan BPA yang lain termasuklah Tuan Haji Nik Ab. Rashid Nik Mohamad, Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi, dan Penyelarasan, dan Encik Lee Soon Hoe, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.

 

Taklimat berhubung fungsi dan peranan BPA pula telah disampaikan oleh Encik Mohd. Asri Mohamad selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Aduan 3.

 

Pertemuan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 10.45 pagi ini telah diakhiri dengan sesi menandatangani buku pelawat BPA oleh Tuan Haji Jamil bin Atan serta sesi pertukaran cenderahati daripada kedua-dua belah pihak.

 

 

 

 

Laman 3 daripada 8
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas