phoca_thumb_l_KAB Tamu Keningau 1KENINGAU, SABAH – 23 Mac 2014 (AHAD). BPA Negeri Sabah telah mengadakan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) kali ketiga bagi tahun 2014 di Tapak Tamu Bandar Keningau yang lebih dikenali sebagai “Tamu Ground” oleh masyarakat setempat bagi memberi peluang kepada penduduk di daerah Keningau untuk menyuarakan permasalahan yang dihadapi serta membolehkan BPA menghebahkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan.

 

Kaunter aduan BPA Negeri Sabah telah dikunjungi oleh 48 orang yang ingin mendapatkan maklumat berhubung perkhidmatan BPA serta khidmat nasihat berkaitan masalah yang dihadapai dikawasan masing-masing. Pelbagai isu dan pertanyaan telah ditimbulkan oleh pengunjung termasuk berkaitan masalah pekerjaan, kemudahan awam dan lambakan pendatang asing di daerah tersebut. Walau bagaimanapun, isu berkaitan tanah dan hak pribumi ke atas tanah anak negeri merupakan isu utama yang diajukan oleh para pengunjung di kaunter BPA.

 

phoca_thumb_l_DSC_0081_edited

KUDAT, 13 Mac 2014 – BPA Negeri Sabah telah turut serta dalam Program Semarak Esscom anjuran Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang diadakan di Dewan Tun Mustapha, Kudat dengan membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB).

 

 

 

Program Semarak Esscom yang dirasmikan oleh YB Datuk Abd Rahim bin Bakri, Timbalan Menteri Pertahanan melalui wakil beliau YB Datuk Abdul Mijul bin Unaini, Ahli Dewan Undangan Negeri N1, Banggi tersebut turut disertai oleh tujuh agensi lain seperti Pasukan Komando Tentera Diraja Malaysia di bawah naungan ESSCOM, PDRM, Jabatan Imigresen, Kastam dan APMM. Terdapat beberapa pameran yang menarik seperti kempen kesedaran penyalahgunaan dadah dan demonstrasi latihan komando beserta peralatan yang digunakanan anggota komando semasa berada di dalam hutan.

 

 

 

Pada keseluruhannya Program KAB Kudat pada kali ini telah berjaya menarik seramai 52 pengunjung dan sebanyak satu aduan dan dua cadangan penambahbaikan telah direkodkan. Di samping itu, BPA Negeri Sabah juga telah memberikan penerangan mengenai peranan BPA dan saluran-saluran aduan yang disedikan kepada orang ramai serta memberikan khidmat nasihat kepada pengunjung.

 

 phoca_thumb_l_2KUALA TERENGGANU, 26 Januari 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Kelantan/Terengganu telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) bertempat di Tapak Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini.

Seramai lebih kurang 50 orang pengunjung yang hadir memeriahkan Program KAB kali ini dan sebanyak 3 aduan telah direkodkan dan sebanyak 15 khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung.

.

 

phoca_thumb_l_1SETIU, 11 Mac 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Kelantan/Terengganu telah membuka Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) bertempat di Pasar Minggu Setiu, Terengganu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini.

Seramai lebih kurang 15 orang pengunjung yang hadir memeriahkan Program KAB kali ini dan tiada aduan direkodkan dan sebanyak 6 khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung.

phoca_thumb_l_1REMBAU, 8 Mac 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Melaka/Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Dataran Rembau, Negeri Sembilan. Program ini diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang hari ini.

 

 

Program ini juga secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA. Seramai 28 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB kali ini dan tiga aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

I

phoca_thumb_l_1

JULAU, 5 Mac 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sarawak telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Pasar Julau, Sarawak bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

 

Seramai 60 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB Julau dan kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Sarawak.

 

Sebanyak 31 aduan diterima dan telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.

 

phoca_thumb_l_1

KUALA NERANG, 19 Februari 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pulau Pinang/Kedah/Perlis telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Pejabat Penghulu Mukim Padang Terap Kiri, Kuala Nerang, Kedah hari ini.

 

 

 

Seramai 40 pengunjung dengan 10 aduan, 2 pertanyaan dan 1 cadangan telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan hal-hal tanah dan juga permohonan kemudahan asas.

 

phoca_thumb_l_2

BALIK PULAU, 18 Februari 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pulau Pinang/Kedah/Perlis telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Kampung Sungai Burong, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.

 

Seramai 25 orang pengunjung dan 4 aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai peletakan batu sempadan, tuntutan bertindih, pencerobohan tanah serta permohonan kemudahan asas.

 

phoca_thumb_l_2 KOTA BHARU, 11 Februari 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Kelantan/Terengganu telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) bertempat di RTC Kota Bharu, Kelantan dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini.

Seramai lebih kurang 150 orang pengunjung yang hadir memeriahkan Program KAB kali ini dan sebanyak 38 aduan telah direkodkan dan sebanyak 55 khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung.

 

phoca_thumb_l_1

KUANTAN, 25 Januari 2014 - Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pahang telah membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Daerah Kuantan bertempat di ruang legar Giant Hypermarket hari ini mulai jam 10.00 pagi hingga 1.30 petang.

 

Dianggarkan seramai 100 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB kali ini dan kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Pahang. Sebanyak 1 aduan dan 50 khidmat nasihat diberikan kepada pengunjung.

Laman 2 daripada 8
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas