Mesra Daerah Mersing Dapat Sambutan Hangat

MersingKOTA TINGGI, 6 April 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan Program MESRA Rakyat Daerah Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing, Johor. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Johor dengan Pejabat Daerah Mersing dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Obet Tawil dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Aduan, Biro Pengaduan Awam Puan Anis Rizana Mohd Zainudin.

 

Sebanyak 28kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Tanah Daerah Mersing, Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor. Selain menerima aduan, program MESRA turut mengadakan sesi dialog bersama jabatan dan agensi yang terlibat dengan penduduk setempat.

 

Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Obet Tawil dan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat sangat menggalakkan. Seramai 420 orang pengunjung telah direkodkan hadir ke program ini yang terdiri daripada penduduk setempat, Badan Bukan Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat. Sebanyak 20 Aduan telah diterima dan direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

BPA turut membuka Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) dan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) semasa program MESRA Mersing berlangsung. Kaunter-kaunter ini dibuka khusus bagi membantu orang ramai yang tidak dapat turut serta dalam program MESRA yang dianjurkan. Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan program yang diadakan dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

 

 

Last modified on Isnin, 08 September 2014 05:18

 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my

 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas