BPA Anjur Program KABB Di Daerah Kuala Penyu

phoca_thumb_l_2

 

 

KUALA PENYU, 29 April 2014 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sabah telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Kuala Penyu di Tapak Tamu Lama Kuala Penyu, Sabah. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Sabah dengan Pejabat Daerah Kuala Penyu ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Limus Jury, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Nik Ab Rashid bin Nik Mohamad, Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan, Biro Pengaduan Awam dan Encik Edmund Teo, Pegawai Daerah Kuala Penyu.

 

 

Sebanyak 33kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Majlis Daerah Kuala Penyu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu dan Hospital Kuala Penyu. Program kali ini telah berjaya menarik seramai 696 orang pengunjung dan sebanyak 55 aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.

 

 

Selain daripada kaunter aduan, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan juga dilaksanakan oleh Hospital Daerah Kuala Penyu dan Pejabat Kesihatan Kuala Penyu. Manakala Lembaga Hasil Dalam Negeri pula menyediakan kaunter penyemakan permohonan BR1M dan cukai pendapatan dan pihak Jabatan Tenaga Kerja telah membawa tiga (3) syarikat/majikan untuk mengadakan temu duga terbuka bagi beberapa jawatan kosong yang ditawarkan.

 

 

Antara isu-isu utama yang dibangkitkan semasa program KABB kali ini adalah mengenai pengeluaran geran tanah yang lambat, masalah jalan raya, bantuan kebajikan tidak diterima, gangguan monyet di kebun getah dan tiang elektrik yang condong dan bil elektrik yang meningkat.

 

Last modified on Khamis, 15 Mei 2014 04:07

 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas