Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Dewan Masyarakat Pekan Sook, Keningau, Sabah

phoca_thumb_l_KAB SOOK 1SOOK, KENINGAU, SABAH – 22 Mac 2014 (Sabtu). BPA Negeri Sabah telah turut serta dalam Program Mesra Pelanggan Bersama YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Sook, Keningau dengan membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB). Program anjuran bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) tersebut diadakan di Dewan Masyarakat dan Padang PekanSook, Keningau dan bertujuan untuk menyelami liku kehidupan masyarakat di kawasan pedalaman Sabah.

 

 

Program Mesra Pelanggan tersebut telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen P182 Pensiangan bagi pihak YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Program berkenaan turut dihadiri oleh YB Datuk Ellron Angin, Ahli Dewan Negeri N. 37 Sook merangkap Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah, pemimpin masyarakat setempat serta 18 jabatan/agensi kerajaan yang lain seperti Keningau FM, Tabung Haji, JabatanTenaga Kerjadan Jabatan Pendaftaran Negara. Pameran dan aktiviti yang diadakan sempena program seperti kaunter aduan BPA, pendaftaran pekerjaan dan kerjaya oleh SPP, SPA dan MARA serta temuduga terbuka oleh Jabatan Imigresen Malaysia telah menarik kehadiran ramai pengunjung terutamanya di kalangan belia-belia di kawasan pedalaman negeri Sabah yang amat memerlukan maklumat perkhidmatan serta peluang kerjaya yang ditawarkan.

 

 

Pada keseluruhannya Program KAB Pekan Sook, Keningau telah Berjaya menarik jumlah pengunjung yang amat menggalakkan iaitu sebanyak 111 orang dan empat (4) aduan telah direkodkan. Di samping itu, BPA Negeri Sabah juga telah memberikan penerangan mengenai peranan BPA dan saluran-saluran aduan yang disediakan kepada orang ramai serta memberikan khidmat nasihat kepada para pengunjung.

 

Last modified on Selasa, 01 April 2014 07:05

 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my

 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss 
 
 
   
 
 
Kembali ke atas