Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Tapak Tamu, Bandar Keningau, Sabah

phoca_thumb_l_KAB Tamu Keningau 1KENINGAU, SABAH – 23 Mac 2014 (AHAD). BPA Negeri Sabah telah mengadakan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) kali ketiga bagi tahun 2014 di Tapak Tamu Bandar Keningau yang lebih dikenali sebagai “Tamu Ground” oleh masyarakat setempat bagi memberi peluang kepada penduduk di daerah Keningau untuk menyuarakan permasalahan yang dihadapi serta membolehkan BPA menghebahkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan.

 

Kaunter aduan BPA Negeri Sabah telah dikunjungi oleh 48 orang yang ingin mendapatkan maklumat berhubung perkhidmatan BPA serta khidmat nasihat berkaitan masalah yang dihadapai dikawasan masing-masing. Pelbagai isu dan pertanyaan telah ditimbulkan oleh pengunjung termasuk berkaitan masalah pekerjaan, kemudahan awam dan lambakan pendatang asing di daerah tersebut. Walau bagaimanapun, isu berkaitan tanah dan hak pribumi ke atas tanah anak negeri merupakan isu utama yang diajukan oleh para pengunjung di kaunter BPA.

 

Last modified on Selasa, 01 April 2014 02:15

 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my

 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas